Isnin, 27 Mei 2013

Anwar: Ribuan laporan setakat ini terhadap pertikaian dakwat kekal

Oleh Clara Chooi
Penolong Pengarang Berita

PETALING JAYA — Ribuan orang ramai membanjiri balai polis seluruh negara untuk membuat laporan terhadap kegagalan dakwat kekal, ia bukti orang ramai menyahut gesaan Pakatan Rakyat (PR) bagi membuktikan penipuan pada Pilihan Raya 2013, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, .

Ketua Umum PKR tersebut bersama isteri  Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar) yang juga membuat laporan sama di balai polis Tropicana berkata laporan tersebut adalah bukti wujudnya manipulasi oleh pihak berkuasa ke atas keputusan pilihan raya 5 Mei lalu.

“Kami mempunyai ribuan laporan setakat ini... Saya tidak mempunyai angka rasmi, tapi hari ini saya dimaklumkan seluruh negara telah membuat laporan rasmi,” kata Anwar dalam sidang media disini.

Dalam perhimpunan besar-besaran Sabtu lalu yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Anwar telah telah menggesa orang awam untuk membuat laporan polis jika mereka berhadapan dengan insiden dakwat kekal tanggal daripada jari mereka sebaik mengundi pada 5 Mei lalu.

Beliau berkata orang ramai boleh melakukannya bermula Ahad hingga Isnin ini dan menghantar salinan kepada PR.

“Ini bagi menunjukkan kuasa dan tekad orang ramai. Kami cabar kamu menerusi proses yang ditetapkan. Kami juga menghormati undang-undang negara,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Beliau berkata PR mahu membentangkan sejumlah besar laporan polis oleh orang ramai ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwanya menipu di dalam kamar mahkamah.

Tiada ulasan: