TERKINI
GEORGE
TOWN— Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri
ketujuh sementara Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang akan
menjadi timbalan perdana menteri jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya
menawan Putrajaya pada Ahad, kata Karpal Singh dari DAP dihadapan ribuan
hadirin di Pulau Pinang malam tadi.“We in DAP cadang dan sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ketujuh Malaysia,” kata pengerusi kebangsaan DAP itu kepada hadirin yang bersemangat dan memakai baju merah, kuning dan hijau.
“Hadi Awang boleh jadi timbalan perdana menteri. Lim Kit Siang boleh jadi TPM kedua.
”Penyandang ahli parlimen Bukit Gelugor yang akan mempertahankan kerusinya pada pilihan raya 5 Mei juga mencadangkan dirinya kekal sebagai peguam untuk menasihatkan regim baru — jika berkuasa — mengenai pembuatan undang-undang dan memberikan keadilan untuk semua.
“Orang kata Kit Siang dan saya sudah tua. We both have served for more than 20 years,” kata beliau sebelum memberitahu majoriti hadirin kaum Cina, “lang lau sim bo lau”. Dalam bahasa Hokkien, dialek majoriti masyarakat Cina Pulau Pinang, ia bermaksud, orang tua, hati tidak tua.
“Lim Kit Siang dan saya, kami belum tua. Masih terdapat api dalam perut kami,” kata peguam berusia 72 tahun itu yang dikenali sebagai “harimau Bukit Gelugor” kerana kegarangannya dan keteguhan kepercayaannya mengenai kedaulatan undang-undang.
Peguam veteran dan ahli parlimen itu mengingatkan pengundi Pulau Pinang yang keluar beramai-ramai malam tadi — mengalahkan jumlah hadirin di Kolej Han Chiang empat hari sebelum ini — masa untuk perubahan telah tiba.
“Di Singapura, Parti Tindakan Rakyat telah mula kalah dalam pilihan raya mereka... masa telah tiba, perubahan mesti berlaku. Pada 5 Mei, perubahan mesti penyingkiran Barisan Nasional dari Putrajaya,” katanya.
Penceramah parti termasuk pendatang baru seperti Kashturi Patto dan Zairil Khir Johari memberitahu hadirin di Pulau Pinang taktik lama BN untuk memainkan sentimen kaum dan agama, pecah dan perintah masyarakat Malaysia berbilang kaum sudah tidak sesuai dengan hampir 13.3 juta pengundi, terutamanya pengundi muda, yang mahukan kerajaan menumpukan kepada mengurangkan rasuah dan meletakkan ekonomi di landasan betul.
“Terdapat yang dahagakan perubahan di Malaysia hari ini.
“Semuanya terletak di tangan kamu, rakyat negara ini. Dan kedahagaan ini akan dipadamkan pada 5 Mei,” Karpal menutup ucapannya sebagai penceramah terakhir.
Dalam ucapan diselang-selikan dengan tiupan vuvuzela yang digunakan secara popular untuk meraikan pasukan bolasepak, Karpal juga meminta hadirin bersaiz “gergasi” anak kepada Kit Siang, Lim Guan Eng, perlu diberikan mandat kedua untuk mentadbir Pulau Pinang sebagai ketua menteri.
Dalam ucapannya dua jam sebelum itu, Guan Eng mengatakan beliau percaya kepada kuasa dari hadirin yang hadir di perhimpunan PR akan memastikan PR menang di Pulau Pinang.
“Kita tidak melihat mereka sepanjang lima tahun lalu tetapi sekarang mereka mahu mengagihkan wang, untuk beli kerajaan negeri tetapi malam ini, semua kita boleh beritahu mereka, rakyat Pulau Pinang tidak boleh dibeli,” katanya merujuk kepada musuh PR gabungan Barisan Nasional (BN) yang memerintah sejak 56 tahun lalu.
Setiausaha agung DAP itu menuduh BN, melalui penaja mereka yang kaya, “akan membuang wang merata-rata tempat” berjumlah RM20 juta untuk membeli pengundi bagi menjatuhkan pentadbirannya yang mentadbir Pulau Pinang sejak lima tahun lalu.
“Walaupun mereka tambah lagi RM40 juta, kita tak takut dengan mereka,” kata Guan Eng.
Ceramah besar yang bermula pada 8.00 malam itu menyaksikan kehadiran seawal 7.00 malam, menggunakan kereta dan motor dengan santai memakai selipar.
Jalan-jalan utama menghala ke bandar warisan dunia sesak dengan kereta dan motor pada 9.00 malam, ketika ceramah sedang mula hangat.
Menurut laporan dari penganjur dan rakan yang gagal untuk ke lokasi ceramah kerana kesesakan mengatakan, kesesakan merebak ke sepanjang jalan di Jambatan Pulau Pinang dan ke selatan Tanjung Tokong di kepulauan berbentuk penyu itu.
Acara tamat tidak berapa lama selepas tengah malam dengan DAP mengumumkan kutipan derma diterima sebanyak RM505,000 di Esplanade malam tadi.
Penganjur kemudiannya mengemaskini maklumat di Facebook mengatakan angka terkini kutipan malam tadi berjumlah RM587,168.85.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan