Jumaat, 10 Mei 2013

Anwar di Himpunan ‘Black505′ Pulau Pinang esok, 11 Mei

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat: Bantah Penipuan PRU 13 (Black505) yang akan diadakan di Pulau Pinang esok akan dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar 5

Beliau dijadualkan akan menyampaikan ceramah sempena himpunan yang diadakan di Stadium Batu Kawan jam 8.30 malam.

Antara barisan pemimpin yang akan turut serta terdiri daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Orang ramai dijemput hadir, tema pakaian adalah warna hitam.

Tiada ulasan: