KUALA LUMPUR, — Anak bekas ahli Majlis Tertinggi (MT)
Umno Datuk Lajim Ukin hari ini didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menggunakan dokumen palsu bertujuan
mendapatkan projek membina jalan raya.
Mohd Nizam Lajim, 31, didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 8
Ogos 2012 untuk melaksanakan projek membina Jalan Mukim 6 Linau dan
Mukim 7 di Tanjung Semberong, Batu Pahat, Johor.
Dalam kertas pertuduhan yang dibacakan kepadanya, Mohd Nizam didakwa
dibawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah Seksyen
465 kanun yang sama.
Walau bagaimanapun, Mohd Nizam mengaku tidak bersalah dan meminta kes tersebut dibicarakan.
“Saya meminta dibicarakan,” kata Mohd Nizam selepas mendengar
pertuduhan yang dibacakan kepadanya di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pagi
ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan