Selasa, 24 Januari 2012

Penyampai Stesen Radio Hisap Ganja Ditahan.

shahril shaid

alt

KOTA KINABALU - Seorang wanita yang dipercayai bekerja sebagai Penyampai Stesen Radio Swasta ditahan kerana penyalahgunaan dadah.

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu melakukan serbuan ke sebuah pusat hiburan di sini.

Penyampai Stesen Radio Berbahasa Inggeris berusia 26 tahun itu dilihat berhibur bersama beberapa rakannya.

Selepas pemeriksaan,wanita tersebut dibawa ke ke IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut dan sumber mengesahkan ujian air kencing terhadap wanita berkenaan didapati positif dadah jenis ganja.

Berikutan itu, penyampai stesen radio terbabit yang masih bujang ditahan di IPD Kota Kinabalu bagi membantu siasatan. Dia boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria ketika dihubungi berkata, dalam serbuan itu, 33 orang berusia lingkungan 19 hingga 30 tahun diperiksa dan hasil ujian air kencing mendapati tiga positif dadah iaitu dua lelaki dan seorang wanita berusia 20-an didapati positif ganja.

“Bagaimanapun, kami masih meneruskan siasatan dan beberapa individu yang positif dadah itu diambil tindakan,” katanya.

Tiada ulasan: