Lagenda Rock Malaysia Kumpulan Wings tidak perlu diperkenalkan lagi berdepan dengan satu ujian besar setelah Vokalis mereka Awie telah mengalami penyakit ganjil.
Beliau yang juga merupakan Pelakon terkenal itu dilaporkan telah mendapatkan rawatan perubatan di sebuah Hospital Kerajaan akan tetapi pihak doktor mengatakan beliau hanya mengidap batuk biasa.
Ianya disahkan melalui pemeriksaan XRAY dada Awie yang tidak menunjukkan sebarang tanda kritikal.
Namun Awie semakin ragu-ragu dengan penyakit beliau setelah penyakit beliau dikatakan semakin kritikal lalu memaksa suami kepada adik Pelakon Haliza Misbun ini mendapatkan rawatan tradisional di Perak.
Rawatan tersebut telah mengejutkan Awie sendiri apabila beliau telah memuntahkan segumpal bulu ayam dan jarum.
“Usaha saya menjalani perubatan moden tidak memberi jawapan yang memuaskan, lalu atas saranan beberapa rakan, saya mencuba beberapa kaedah perubatan tradisional," jelas beliau menjawab soalan wartawan media.
“Ketika menjalani rawatan bersama seorang pengamal perubatan tradisional di Tapah, Perak, baru-baru ini, saya tergamam apabila beberapa jarum halus dan bulu ayam keluar daripada tubuh saya. Saya dimaklumkan ia angkara ‘buatan orang’ yang tidak puas hati dengan saya. Sebelum ini saya tidak percaya sangat perkara mistik, namun saya yakin kewujudan syaitan,”" katanya lagi dengan nada kesal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan