Ahad, 16 Oktober 2011

Yaakob Sapari: Bajet 2012 gagal bela kontraktor

Yaakob Sapari


Pemimpin Pakatan Rakyat Yaakob Sapari menyifatkan Belanjawan 2012 yang dibentang oleh Perdana Menteri merupakan satu belanjawan yang tidak menyeluruh malah tidak membela nasib golongan kontraktor.

Najib yang membentangkan Projek Penyelengaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrasturktur Asas (PIAS) bagi menaiktaraf infrasturktur asas di luar bandar hanya memperuntukkan RM 500 juta kepada 29,000 kontraktor kelas F yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor.

Menurut beliau lagi, sekiranya perkara ini dibuat kiraan secara terperinci, maka setiap kontraktor hanya memperoleh nilai projek sebanyak RM 17,241.38 selama setahun.

Dari satu sudut yang lain, nilai projek ini dilihat terlalu kecil kepada golongan kontraktor dan tidak banyak ifrasturktur yang mampu dinaiktaraf di kawasan luar bandar.

Beliau juga mempersoalkan ketulusan dan transperensi pihak kerajaan dalam menyalurkan projek ini kepada kontraktor. Ini kerana peruntukan ini boleh diekploitasi dengan menganugerahkan kerja-kerja tersebut secara rundingan terus kepada kontraktor-kontraktor tertentu.

Ujar beliau lagi, Belanjawan Pakatan Rakyat dilihat begitu realistik kerana menekankan aspek pembangunan khususnya dalam pembangunan infrastruktur dan pada masa yang sama mengimbangi belanjawan mengurus bagi memastikan kesejahteraan rakyat.

Untuk memangkin ekonomi Malaysia dalam menghadapi krisis ekonomi global pada hari ini, Najib perlu menekankan aspek pembangunan dalam belanjawan negara. Ini kerana, dengan merancakkan pembangunan negara, secara tidak langsung dapat memacu ekonomi.

Oleh yang demikian, rakyat diminta untuk berhati-hati dalam meneliti Belanjawan 2012 kerana ianya indah khabar dari rupa.

*Kenyataan media oleh Yaakob Sapari (gambar kanan) selaku EXCO Kerajaan Negeri Selangor.Yaakob Sapari



Tiada ulasan: