Khamis, 6 Oktober 2011

Sidang pertama PSC 12 Okt

MALAYSIA KINI
Pengerusi jawatankuasa terpilih (PSC) untuk memperbaiki pilihanraya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata jawatankuasa berkenaan akan bersidang buat kali pertama pada 12 Oktober.

Menurutnya, jawatankuasa terpilih itu juga akan mengadakan sekurang-kurangnya enam pendengaran awam untuk mendapatkan input bagi tujuan tersebut bermula November.

Tambahnya, pendengaran awam yang akan dijalankan di seluruh negara itu bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menyerahkan memorandum masing-masing.

“Kita juga akan buka satu laman web di parlimen supaya mereka boleh hantar cadangan," katanya lagi dalam sidang media di bangunan parlimen petang ini.

Tiada ulasan: