Aidila Razak
Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya , Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang dibidas teruk kerana menarik balik keputusan untuk menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya 2008 berkata beliau masih tetap menyokong penggunaan dakwat berkenaan.
"Saya juga menimbangkan kemungkinan meletakkan jawatan, tetapi dinasihatkan oleh banyak kawan-kawan yang rapat supaya tidak berbuat demikian bagi mengelakkan krisis perlembagaan,” dedahnya dalam dalam satu temu bual menerusi e-mel dengan Malaysiakini minggu lalu.
Menurut Abdul Rashid, belia menyokong penggunaan dakwat bukan kerana terdapat bukti penipuan berlaku tetapi untuk meyakinkan orang ramai dengan integriti pilihan raya.
Justeru, kata beliau, dakwaan SPR hari ini yang mengaku sedang mengkaji penggunaan dakwat kekal sebagai "lawak besar".
Mungkin enggan mencari musuh-musuh terutama sebagai seorang pesara, Abdul Rashid memilih untuk tidak membuat kecaman terus dalam jawapannya kepada Malaysiakini, terutamanya mengenai topik pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini.
Abdul Rashid, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai isu-isu yang lebih kontroversi, seperti kenaikan secara mendadak bilangan pengundi, khususnya di Sabah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan