Ahad, 2 Oktober 2011

Diskaun kompaun MBSA hinggai 70 peratus mulai bulan depan

Oleh Naeem Raffi


SHAH ALAM : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan pengurangan kompaun kesalahan trafik sehingga 70 peratus kepada orang ramai yang mempunyai tunggakan kompoun di kawasan pentadbirannya mulai 1 oktober sehingga 30 November ini.


Pegawai Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad menerusi kenyataan medianya hari ini menjelaskan kempen pengurangan kompun ini diadakan bagi memberi peluang kepada orang ramai yang mempunyai kesalahan trafik dan letak kenderaan melunaskan kompaun mereka sebelum tindakan tegas di ambil ke atas mereka.

"Kempen ini bertujuan mendidik masyarakat supaya bertanggungjawab dan tidak melenggah-lenggahkan masa untuk menjelaskan bayaran kompaun yang dikenakan ke atas mereka."

Berikut adalah peratus pengurangan kompaun yang diberikan (berbeza mengikut tempoh masa)

Tempoh Pengurangan
1 0ktober - 16 Oktober 70 Peratus
16 0ktober - 31 Oktober 60 Peratus
1 November - 30 November 50 Peratus

Mengulas lanjut, Shahrin menyeru orang ramai untuk mengambil peluang tempoh dua bulan ini untuk membuat semakan dan seterusnya menyelesaikan tunggakan kompaun masing-masing.

Selain itu pihak MBSA juga menyedia kemudahan pembayaran secara on-line bagi memudahkan orang ramai melunaskan tunggakan mereka menerusi FPX dan kad kredit dengan melayari laman sesawang MBSA www.mbsa.gov.my.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Hasil MBSA di talian 03-55105133 sambungan 203/521/522.

Tiada ulasan: