Isnin, 3 Oktober 2011

Menteri kekal pendirian, MTUC teruskan piket di Parlimen

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Sekitar 200 ahli Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengadakan piket memprotes tindakan Putrajaya yang terus dengan pendiriannya mahu membacakan Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010 buat kali kedua pada sidang Parlimen yang bermula hari ini.

The Malaysian Insider difahamkan MTUC meneruskan tindakan mereka di pekarangan pintu masuk Parlimen sekitar 11 pagi tadi selepas Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam kekal dengan pendirian mahu membawa Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010 untuk bacaan kali kedua.


Ahli MTUC mengadakan piket di kawasan Parlimen menggesa Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010 ditarik balik. — Foto oleh Choo Choy May
Presiden MTUC Khalid Atan dan wakil kongres itu keluar kira-kira 15 minit selepas mesyuarat tergempar Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) bermula 10 pagi tadi.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Subramaniam sendiri.

Kumpulan yang berhimpun di kawasan Parlimen berteriak dan bernyanyi “Tarik balik! Tarik balik!” merujuk kepada Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010 itu.

Menurut Naib Presiden MTUC A. Balasubramaniam, “kami meneruskan keputusan kami untuk mengadakan piket bagi melahirkan rasa kecewa kami dengan pindaan yang disyorkan.”

Khalid dan pemimpin-pemimpin MTUC dalam NLAC kemudian menyertai piket itu.

MENYUSUL LAGI

Tiada ulasan: