Hazlan Zakaria
Selepas berbulan berdepan dengan sikap acuh tak acuh oleh Bukit Aman, seorang penyokong Parti Hak Asasi Manusia yang mendakwa dirinya dibelasah oleh 10 anggota polis semasa protes secara aman di Ipoh pada bulan April lalu, membuat laporan dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini.
Hadir bersama adalah P Ramesh, seorang guru swasta yang menyertai bantahan secara aman di hadapan rumah kerajaan di Ipoh oleh kira-kira 20 penduduk dari Kampung DBI, yang mahu menyerahkan memorandum kepada menteri besar Perak pada April lalu.
Kekecohan tercetus apabila ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar, yang diiringi penunjuk perasaan, berunding dengan setiausaha peribadi menteri besar bagi membenarkan beberapa wakil untuk masuk ke perkarangan pejbat dan bertemu dengan besar menteri.
Ramesh mendakwa dirinya menjadi sasaran oleh beberapa anggota polis yang terus memukulnya.
Beliau juga menayangkan pita video bagi membuktikan dirinya yang tidak bersenjata tetapi hanya melaungkan beberapa slogan dihampiri oleh polis yang kemudian menendangnya.
Akibat kecederaan yang dialaminya itu, Ramesh berkata beliau terlantar di hospital selama dua hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan