Rabu, 19 Oktober 2011

Cukup Wee Ka Siong, jangan cuba tutup perbuatan keji kamu

Stan Lee, Malaysia Chronicle



Ketua Penerangan Pemuda PKR Lee Khai Loon telah mencabar Ketua Pemuda MCA untuk berdebat, mendakwa Timbalan Menteri Pendidikan itu untuk cuba mengalih perhatian daripada kenyataan yang beliau telah cuba menggunakan gadis-gadis “cantik” untuk meraih ahli baru dalam sayapnya yang sedang mengecut itu.

Cocoknya, debat itu aka bertajuk “Apakah cara sihat untuk menggalakkan anak-anak muda menyertai politik?”.

“Saya bersedia berdebat dengan Wee Ka Siong untuk mengalih kembali focus kapada isu sebenar di belakang penglibatan wanita-wanita muda dalam Pemuda MCA. Pemuda MCA hanya membenarkan wanita-wanita muda itu diambil gambar tetapi tidak membenarkan mereka menyuarakan pendapat mereka di AGM itu,” kata Khai Loon dalam kenyataannya kepada media.

“Lebih teruk lagi, Pemuda MCA juga membantah permintaan Wanita MCA untuk mendapat 30% quota wanita dalam pembikinan dasar. Siapa yang tidak menghormati wanita sekarang?”

Mengeksploitasi gadis-gadis

MCA dengan segera menghentam Khai Loon dan Adun Rawang Gan Pei Nei selepas kedua-dua itu menuduh Ka Siong dan kumpulannya menjadikan gadis-gadis itu sebagai ‘penghias majlis’ dan mengeksploit mereka semasa perhimpunan agung Pemuda MCA baru-baru ini.

Beliawanis, sayap Pemuda Wanita, juga campur tangan, menyerang Pei Nei kerana tidak membela golongan wanita.

Apabila didedahkan bahawa 4 daripada 10 gadis-gadis cantik itu merupakan model professional dan bukanlah ahli MCA atau Beliawanis, Ka Siong muncul menuduh Khai Loon dan Pei Nei memperbesarkan hal remeh.

Walaupun mereka model, merek masih boleh berminat dengan politik, kata Ka Siong, enggan menjelaskan kenapa Beliawanis mengeluarkan kenyataan palsu dan bertegas menyatakan gadis-gadis itu adalah ahli parti.

Ka Siong juga menuduh Khai Loon dan PKR menjadi dalang laman web Suara Keadilan Rakyat, blog “palsu” yang menggunakan nama akhbar PKR Suara Keadilan yang sebenarnya tiada kaitan dengan parti tersebut. Kebanyakan penulisan yang ada pada blog itu berunsur anti-PKR.

“Wee mengaitkan Pemuda PKR dengan blog palsu tanpa apa-apa bukti,” kata Khai Loon. “Pemuda MCA dan Beliawanis telah berkomplot dengan Wee untuk merai simpati dan mengalih focus utama perbincangan politik.”

Tidak membenarkan media menemubual gadis-gadis itu

Tambahan pula, sekiranya Wee berkata benar, mengapa beliau menghalang pihak media daripada menemubual gadis-gadis itu, soal Khai Loon. Beliau mendedahkan lagi bahawa Pemuda MCA enggan membenarkan mana-mana media untuk bertemu dan berbual dengan gadis-gadis itu untuk mendapatkan kisah sebenar.

Sememangnya, keraguan mengenai keahlian gadis-gadis itu telah menimbulkan tanda Tanya terhadap Wee dan Pemuda MCA. Adakah mereka mengambil langkah-langkah seksis untuk memberi aura ‘macho’ kepada mereka sendiri untuk menutup kegagalan mereka menuntut perubahan politik dalam MCA?

Khai Loon juga mempersoal kenyataan Wee yang menyatakan adalah tanggungjawab Pemuda PKR untuk membuat laporan polis terhadap blog ‘palsu’ itu.

“Logik Wee tidak masuk akal, pengkritik harus bertanggungjawab. Wee berkata Pemuda PKR harus bertanggungjawab dan membuat laporan ke atas blog palsu itu kepada pihak berkuasa. Adakah Wee juga bersetuju bahawa seorang yang tidak menangkap pencuri juga adalah pencuri? Tidakkah semua orang adalah pencuri jika benar pemikiran Wee itu?” cabar Khai Loon.

Sehingga kini, Ka Siong menutup sebelah mata terhadap cabaran debat itu, dan kebarangkalian untuk beliau tidak menyahut cabaran itu adalah tinggi.- Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: