Harakahdaily |
KUALA LUMPUR: Pemimpin Umno BN termasuk Tun Dr Mahathir sesak nafas apabila melihat pembentangan Belanjawan Pakatan Rakyat pada 4 Oktober lepas. AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, belanjawan yang dibentang Pakatan untuk kesejahteraan rakyat, maka dengan spontan mereka akan menjawab itu tidak realistik dan boleh bawa negara muflis. “Ini jawapan yang berbentuk skema daripada pemimpin yang muflis idea dan tidak ada jiwa rakyat,” ujarnya kepada Harakahdaily. Katanya, ketika Kelantan mula diperintah oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar, mereka membayangkan Kelantan tidak mampu mentadbir, tanpa bantuan Kerajaan Pusat. Hakikatnya, kata beliau Kelantan mampu ditadbir dengan baik dengan kejayaan menurun kadar kemiskinan daripada nombor dua kepada nombor enam. Beliau menambah, Kelantan berjaya melunaskan hutang lapuk kerajaan BN selama 12 tahun sebanyak RM220 juta setakat tahun 2010 di mana hutang yang ditinggal oleh Umno ialah RM718 juta. Menurutnya, pemimpin BN jangan melihat kemampuan PR, dengan sikap boros dan korup kerajaan BN selama 54 tahun. “Memanglah cara BN mengurus negara akan menuju muflis, seandainya Allah anugerahkan 100 bukit emas setinggi gunung Kinabalu masih tidak cukup. “Pakatan Rakyat yakin boleh lakukan, kerana di negeri yang miskin seperti Kedah dan Kelantan pun kita mampu, telahan lagi negeri yang kaya seperti Selangor dan Pulau Pinang,” ujarnya. Katanya, BN melihat hairan melihat kemampuan Kedah yang berjaya memacu ekonomi dengan baik dan teratur walaupun terpaksa memikul hutang lapuk BN sebanyak RM2.3 bilion. Tambahnya, pengurusan kewangan dan balak yang dipuji oleh Ketua Audit Negara. Jelasnya, hasil balak daripada RM8 juta kepada RM53 juta pada tahun 2010, semuanya hasil ketelusan dan kebijaksanaan mengurus. Beliau berkata, Belanjawan Pakatan Rakyat yang dibentang akan menjadi kenyataan jika diberi mandat untuk memerintah peringkat pusat. “Sekiranya negeri yang miskin kita mampu tadbir, maka sudah pasti negara yang kaya akan diurus dengan baik untuk kesejahteraan rakyat,” ujarnya. Menurutnya lagi, pemimpin BN hanya akan menggigit jari jika Putrajaya bertukar kuasa kerana rakyat sudah cerdik dan pandai membuat perbandingan antara negeri PR dengan negeri BN. Katanya, kadang-kadang telah menjadi bahan ejekan antara penduduk di negeri yang ditadbir oleh BN dengan negeri PR apabila mereka bertemu antara satu sama lain. Ujar beliau, penduduk di negeri PR mendapat macam-macam imbuhan, sedangkan penduduk di negeri BN berada di tahap yang sama. |
Jumaat, 7 Oktober 2011
Belanjawan Pakatan jadikan Umno BN sesak nafas
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan