Ahad, 9 Oktober 2011

Bajet tarik undi, kata Kit Siang

MALAYSIA KINI

Limpahan 'gula-gula' bagi memancing undi - begitulah ketua parlimen DAP Lim Kit Siang menilai belanjawan yang dibentangkan menteri kewangan merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin.

NONELim yang juga anggota parlimen Ipoh Timur berkata, ia semata-mata disasarkan menarik sokongan pengundi dengan tidak menyentuh sama sekali tentang sistem yang korup dan tidak adil.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim berkata, belanjawan itu direka untuk Najib memenangi pilihan raya dan bukan pembaharuan atau perubahan kepada sistem dan institusi dalam negara.

"Ini menyaksikan bagaimana Malaysia tewas dalam persaingan antarabangsa dan dipotong lebih banyak negara di Asia Tenggara dalam bidang ekonomi, dan pembangunan sumber manusia," katanya.

Lim berkata, badan ketelusan global Transparency International mengeluh bahawa Belanjawan 2012 gagal membawa negara ini ke arah ketelusan, yang sekali gus digambarkan penganalisis ekonomi sebagai "bukan acara untuk pasaran".

Tiada ulasan: