KUALA LUMPUR: Pengakuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wujudnya 40,000 pemilih ‘diragui’ menimbulkan persoalan terhadap sistem Jabatan Pendaftaran Negara yang dikenali sebagai Agency Link-Up System (ALIS).
ALIS merupakan sistem yang menghubungkan pengkalan data SPR dengan pengkalan data di JPN yang digunakan bagi mengenalpasti samada individu yang mendaftar sebagai pemilih adalah sah sebagai warganegara.
“Sebelum ini SPR begitu berbangga kerana mempunyai sistem yang dihubungkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dikenali sebagai ALIS (Agency Link-Up System).
“Sudah pastilah JPN mempunyai pengkalan data yang paling canggih dalam negara,” Kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat.
Ketua Pemuda PAS Johor itu turut mempersoal apakah JPN tidak memiliki identiti semua warga negara Malaysia sehingga perlu dipaparkan kesemua 40 ribu pemilih yang meragukan kepada media.
Menurutnya dengan sistem ALIS, SPR dan JPN sudah mampu membezakan antara pengundi asli dan pengundi palsu.
“Mengapa baru sekarang SPR menyedari pemilih yang meragukan. Apakah sebelum ini SPR tidak menyedarinya?
“Kalau tidak menyedarinya bagaimana status pilihan raya ke-12 yang penuh dengan daftar pemilih yang tercemar,” soalnya lagi.
Lebih menjadi persoalan katanya, adakah SPR sudah tidak yakin dengan JPN kerana kelemahan sistem pengkalan datanya sehingga terpaksa dipamer kepada umum.
“Sedangkan sebelum ini kenyataan yang dikeluarkan oleh SPR bahawa terdapat 50 ribu pemilih yang sedang disiasat. Saya tidak tidak pasti bagaimana 10 ribu pemilih hilang secara tiba-tiba,” ujarnya.
Namun, Suhaizan mengucap syabas kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof kerana akhirnya akur bahawa daftar pemilih SPR perlu dibersihkan dengan pendedahan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan