Ahad, 2 Oktober 2011

3 Sebab Ketakutan HUDUD

Oleh PeriaPahit


Apabila isu hukum hudud diperhangatkan kembali oleh Mahathir, sekali lagi kita melihat pelbagai pihak memberi komen-komen yang hangat. Terdapat pelbagai pihak yang memberi komen secara membina da nada juga yang memberi komen secara membabi buta. Ada juga pihak yang kelihatan seperti membela hudud tetapi dalam masa yang sama menolak hudud. Bahkan ada juga penganut Islam yang menghurai hudud dari sudut pandangan orang Melayu.

Sebenarnya, isu hudud ini menunjukkan serta membuktikan kepada kita bahawa Tuan Guru Nik Aziz tida pernah putus harap untuk melaksanakan hukum ciptaan Allah Swt dimuka bumi ini. Isu ini juga membuktikan betapa DAP tetap dengan pendiriannya untuk menolak hokum ini dilaksanakan di bumi ini. Tidak ketinggalan MCA, Gerakan dan MIC juga menolak hokum ini.

UMNO yang kononnya parti orang melayu tetapi kini dianggotai oleh pelbagai etnik dan agama atas nama bumiputra juga menolak hokum ini atas dasar perlembagaan yang dicipta oleh kaum British yang menjadi penasihat (bukannya penjajah mengikut kamus UMNO) semasa memulangkan kuasa naungan mereka kepada UMNO setelah membunuh ratusan rakyat Tanah Melayu yang berketurunan Melayu dan beragama Islam seperti arwah Tok Janggut dan Dato Maharajalela.

Dalam masa yang sama juga, JAKIM yang kononnya sebuah agensi yang dipertanggungjawabkan dala hal ehwal agama Islam di Malaysia juga menolak hokum hudud ini dengan alasan kononnya hokum hudud ini ciptaaan PAS dan sehingga kini mereka tidak pernah menunjukkan draf hukum hudud sebenar seperti yang mereka momokan.

Ada juga Mufti-mufti dan bekas mufti yang menyokong pelaksanaan hokum hudud ini tetapi dimasa yang sama juga ada mufti dan bekas mufti yang menolak pelaksanaan hukuman ini berasakan masyarakat atau keadaan semasa yang tidak mengizinkan.

Sebenarnya, isu hokum hudud ini adalah satu permasaalahan kalau diibaratkan dalam bahasa matematik, ianya amat mudah untuk diselesaikan. Dalam Matematik, kita disajikan dengan ketetapan bahawa angka ganjil terdiri dari angka 1, 3, 5, 7, 9, 11,…… dan angka genap adalah 2, 4, 6, 8, 10, 12,…….

Sebagai seorang yang beragama Islam, Allah SWT telah menetapkan AlQuran sebagai kita yang perlu diikuti dan sudah semestinya hokum hudud tertera didalam Al Quran. Untuk memudahkan umat Islam dalam memahami dan mempelajari agama Islam, maka terdapat hadis-hadis Nabi dan juga sunat-sunat nabi yang diterangkan didalam pelbagai kitab yang boleh diperolehi di Negara ini.

Sudah semestinya saya tidak hairan sekiranya DAP, MCA, Gerakan, MIC dan parti-parti politik lain menolak hokum hudud ini kerana bagi saya mereka mempunyai TIGA sebab utama untuk menolak hokum ini.

Sebab yang pertama ialah, puak-puak ini adalah merupakan parti yang berasakan perkauman dan ianya mewakili kaum Cina dan India di Malaysia. Walaupun terdapat beberapa orang Melayu yang menyertai DAP atau Gerakan dan beberapa India Muslim yang menyertai MIC, mereka ini adalah minoriti didalam parti masing-masing. Penolakan parti-parti ini adalah kerana mereka sendiri tidak memahami apa itu hudud dan sebagai parti yang mendukung dasar sekular, mereka akan menolak hokum ini seadanya.

Sebab yang kedua ialah ada diantara ahli-ahli didalam parti ini mempelajari atau membaca secara mendalam perihal hokum hudud ini dan mendapati ianya bakal memudaratkan agama mereka jika dibenarkan pelaksanaannya.

Bagi mereka hokum hudud ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana ianya merupakan satu hokum yang paling adil dicipta oleh Allah untuk umatnya. Keadilan hokum ini boleh membuka minat kepada penganut agama lain untuk mendekati Islam dan mungkin satu anjakan pradigma kemasukkan ke agama Islam mungkin berlaku secara skala besar. Ini yang ditakuti oleh pihak-pihak yang mendalami hokum ini tetapi menganut agama lain.

Sebagai contoh, Lim Guan Eng sendiri terpikat dengan ketokohan dan corak pengurusan Khalifah Umar. Ketelusan Khalifah Umar dalam mentadbir urus Negara ketika itu menjadi idola Lim Guan Eng. Tidak mustahil jika Lim Guan Eng mendalami hokum hudud ini, minat beliau terhadap Islam akan bertambah.

Sebab ketiga kenapa hokum ini ditolak oleh parti-parti berasaskan kaum dan UMNO yang kononnya pembela Melayu dan Islam adalah kerana politik. Mereka takut sekiranya hokum ini didlaksanakan, PAS akan mendapat pujian dan lebih menakutkan mereka ialah sekiranya lebih ramai menyertai PAS setelah mengetahui betapa PAS bergerak diatas landasan Islam sebenar.

Pihak kerajaan pada masa kini amat takut untuk melaksanakan hokum hudud kerana jika ianya dilaksanakan pada masa ini, segala kebenaran akan terbongkar dengan mudah. Kes Liwat dan Video Seks Anwar Ibrahim akan diselesaikan dengan mudah kerana keadilan yang terdapat dalam hokum hudud. Ini amat menyusahkan kerajaan BN kerana cara asas BN untuk memburukkan parti lawan adalah dengan menggunakan hujah FITNAH seperti yang berlaku sekarang.

Kita ambil contoh dalam kes liwat DS Anwar Ibrahim dimana puak-puak BN mengecam DS Anwar kononnya memperlewatkan kes dengan penangguhan serta rayuan yang dibuat. Kini apabila kes ditangguhkan diatas permohonan Najib serta Rosmah untuk menolak sapina terhadap mereka kenapa tiada kecaman dibuat oleh puak-puak BN kepada Najib dan Rosmah. Sepatutnya, Bapa Sayfol harus keluar dalam TV 3 sekali lagi menyeru Najib dan Rosmah hadir kemahkamah untuk menyelesaikan kes anak beliau secepat mungkin supaya tidak teranaiya dengan penangguhan kes lagi. Dan sudah semestinya ianya tidak akan berlaku kerana yang terlibat adalahpuak BN.

Oleh itu saya merayu kepada semua rakyat yang berugama Islam supaya menyokong pelaksanaan hokum hudud dan kepada pimpinan negeri yang diketuai oleh orang Melayu beragama ISLAM supaya mula menerangkan apa itu hokum hudud kepada mereka yang berlainan agama. Kepada Mufti-mufti dan bekas-bekas mufti , segeralah bangun untuk bersama menyokong pelaksanaan hokum hudud di bumi ini. Ingatlah bahawa HUDUD bukan hokum ciptaan PAS atau mana-mana Ulamak tetapi ia merupakan ciptaan ALLAH SWT tuhan seluruh alam.

Tiada ulasan: