Sabtu, 21 Mei 2011

Video seks bukan fokus muktamar

Perwakilan tahu ianya isu politik



KUALA LUMPUR: Isu video seks yang dikatakan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menjadi fokus perbincangan muktamar PAS yang akan berlangsung pada 3 Jun.

“Ahli PAS faham isu ini isu politik. Kalau cakap akan dikecam,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

“Isu ini isu politik. BN menggunakan pembunuhan watak kerana matlamat halalkan kaedah,” katanya selepas sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Trio Datuk T – bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, bekas bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah mendedahkan video seks yang didakwa mantan timbalan perdana menteri itu.

Bagaimanapun, isu videk tersebut sudah menjadi kes polis.

Beliau yakin bahawa ahli PAS tidak akan terheret dengan isu yang dimainkan Umno/BN.

Sebaliknya fokus muktamar pada kali ini akan menumpukan fokus kepada pilihanraya umum ke 13, katanya kepada FMT.

Sementara itu ketika ditanya sama ada terdapat usul untuk mengkaji hubungan dengan DAP dan PKR, beliau berkata ‘tiada dan tiada keperluan’ untuk berbuat demikian.

Tambahnya jawatankuasa usul PAS juga tidak menerima sebarang usul berkenaan kedua-dua perkara di atas.

Tiada ulasan: