Isnin, 2 Mei 2011

Rumah Osama temboknya 6m, tiada telefon dan Internet

Reuters


Pekarangan rumah agam dilaporkan berlaku serangan pasukan AS di pinggir bandar Abbotrabad, Pakistan menyebabkan Osama terbunuh. – Foto Reuters
WASHINGTONi – Pasukan Amerika Syarikat (AS) akhirnya menemui ketua rangkaian Al-Qaeda Osama bin Laden, bukannya di kawasan pergunungan di sempadan Afghanistan-Pakistan, yang disangka ramai selama ini, tetapi di penempatan bernilai berjuta dolar dekat Islamabad bersama isteri mudanya.

Kawasan rumah besar atau agam di Islamabad, Pakistan iaitu lokasi di mana Osama terbunuh mengejutkan pasukan keselamatan AS.

Laporan BBC menyebut pegawai-pegawai AS terkejut dengan struktur rumah dan begitu kompleks, yang terletak di luar ibu negara Pakistan.

Rumah yang terletak di Islamabad itu mempunyai tembok setinggi empat hingga enam meter — lapan kali lebih besar berbanding rumah-rumah lain di kawasan Abbottabad.

Nilai rumah itu dianggarkan mencecah “beberapa juta ringgit”, tetapi tiada hubungan atau kemudahan telefon dan Internet.

Pegawai-pegawai AS berkata unit risikan mengesan “utusan yang sangat dipercayai” Obama sejak beberapa tahun lalu.

Identitinya hanya dikesan empat tahun lalu manakala kawasan operasi dua tahun lalu dan pada Ogos 2010, rumahnya di Abbottabad dikesan, sekali gus membawa kepada operasi semalam.

Pasukan AS berjaya ke bangunan tiga tingkat itu selepas lebih empat tahun mengesan perutusan yang paling dipercayai Osama, yang pegawai-pegawai AS berkata berjaya dikenal pasti oleh lelaki-lelaki yang ditangkap selepas serangan 11 September 2001.

“Tahanan juga mengenal pasti lelaki ini sebagai antara beberapa perutusan Al-Qaeda dipercayai oleh Osama. Mereka membayangkan bahawa dia mungkin tinggal dengan atau dilindungi Osama,” kata seorang pegawai pentadbiran dalam taklimat kepada pemberita di sini hari ini.

“Kami nampak kawasan di mana dua beradik tinggal, kami terkejut dengan apa yang kami nampak... kawasan unik yang luar biasa,” kata pegawai itu.

“Pokoknya koleksi kami dan analisis kami ialah kami mempunyai keyakinan cukup tinggi bahawa kawasan itu melindungi satu sasaran pengganas bernilai tinggi.

“Pakar-pakar yang bertindak dalam isu ini selama beberapa tahun membuat penilaian bahawa kemungkinan pengganas yang tinggal di situ ialah Osama bin Laden,” kata pegawai itu lagi.

Rumah di Abbottabad, bandar yang terletak kira-kira 60 kilometer di timur laut Islamabad merupakan kawasan mewah dan dihuni oleh bekas anggota tentera Pakistan.

Rumah agam itu dibina pada 2005 dan ketika didirikan ia terletak di pinggi pusat Abbottabad, di penghujug jalan tanah tetapi rumah-rumah lain dibina sepanjang enam tahun kemudian.

Dua pintu keselamatam membataskan akses dan penghuni pula membakar sisa buangan, bukannya ditinggalkan untuk kutipan sebagaimana dilakukan oleh jiran-jiran mereka, kata pegawai itu lagi.

“Perkara menarik ialah hartanah ini dianggarkan bernilai AS$1 juta (RM3 juta) tetapi tiada kemudahan telefon,” katanya.

“Adik-beradik yang tinggal pula tiada sumber kekayaan yang dapat dijelaskan,” katanya lagi.

Tiada ulasan: