Keningau: Masyarakat di kawasan Bingkor merayu kerajaan agar Klinik Kesihatan Bingkor yang telah siap setahun yang lalu digunakan untuk kemudahan pesakit. Keperluan penggunaan bangunan baru itu sangat penting kerana ia adalah tumpuan ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak.
Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bingkor (PPPKK) Jailin Lian berkata, pengunjung terutama ibu-ibu mengandung terpaksa menumpang tandas kakitangan di klinik itu, berikutan tandas yang sedia ada telah dibuka ketika pembinaan bangunan klinik yang dinaik taraf tersebut.
“Kasihanilah ibu-ibu yang mengandung ini kerana sudah menjadi tabiat mereka yang suka ke tandas dengan kerap. Oleh itu kemudahan tandas adalah tidak mencukupi ,” kata Jailin yang juga Ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan Negeri Sabah.
Katanya , tandas di klinik itu telah dibuka bagi memberi ruang kepada pembinaan bangunan baru klinik kesihatan Bingkor.
“Tidak ada sebab untuk kita melengahkan masa untuk menggunakan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan, kerana ianya bertujuan untuk memberi keselesaan kepada masyarakat,” ujar Jailin.
Sehubungan dengan itu kata Jailin, jika bekalan elektrik sebagai punca kelewatan penggunaan bangunan itu, pihak SESB diminta untuk membuat tindakan segera.
Beliau juga meminta pihak berkaitan untuk turut memantau masalah yang sama melibatkan Klinik Desa Baginda dan Klinik Desa Ansip yang telah disiapkan sejak June 2010.
16 ulasan:
If its already provided, then the people should be allowed to use it.
what's the point of constructing something but not use it? Waste of public funds. Hope that the clinic will be open for public use.
jika klinik tersebut telah siap dibina, maka ia wajar digunakan demi kemudahan penduduk.
harap pekara ini dapat diambil perhatian kerana klinik tersebut merupakan satu keperluan.
klinik itu adalah untuk penduduk, maka ia wajar digunakan.
Klinik desa adalah untuk kemudahan sekitar penduduk kampung. Kalo klinik tidak digunakan ini menyusahkan penduduk kampung.
Ini kes tidak ada OC la nie. Mungkin juga bomba dan pihak2 bertanggungjawab untuk memeriksa keselamatan banggunan itu belum lagi berkunjung ke banggunan tersebut. Seharusnya pihak yang mengurus kesemua dokumen, lakukannya dengan cepat kerana ini hanya akan membazir masa dan tempat itu jika tidak digunakan.
kenapa perlu tunggu bertahun-tahun untuk membuka klinik yang sudah siap dibina?penduduk sudah menanti sekian lama untuk klinik ini beroperasi
Tujuan pembinaan klinik itu adalah untuk memudahkan rakyat tapi apa yang berlaku sebaliknya. Sepatutnya hal ini tidak berlaku kerana tujuan utama pembinaan sudah jelas dan terang. Selesaikan masalah ini, penjelasan harus dilakukan kepada penduduk setempat bagi mengelak salah faham.
pihak-pihak yang berkenaan, bertindaklah cepat agar klinik ini dapat beroperasi dengan segera.
Kenapa Klinik ini lambat digunakan sedangkan sudah siap 1 tahun yang lalu. Harap masalah klinik ini dapat diselesaikan oleh pihak kementerian kesihatan.
Sekiranya benar telah siap dan kira boleh digunakan kenapa pembukaan masih belum diberikan untuk mengunankan klinik tersebut.
Sebaiknya berikan sebab dan penerangan punca kenapa Klinik belum boleh digunakan dan beroperasi. Penduduk mahu tahu sebab perkara ini berlaku.
untuk apa ianya dibina jika tidak digunakan? tolong lengkapkan apa sahaja kekurangan klinik itu..
jangan tunggu sehingga isu ini dipolitikkan baru ada tindakan.
Klinik Desa Baginda dan Klinik Desa Ansip juga mengalami masalah yang sama. kenapa perkara tidak diselesaikan?
Catat Ulasan