Sabtu, 21 Mei 2011

PAS belum runding pembahagian kerusi PRU

Ia mengikut status quo.


KUALA LUMPUR: PAS belum mengadakan rundingan pembahagian berkenaan kerusi pilihanraya umum.

“Rundingan belum selesai di peringkat negeri. Kalau tak boleh, ia akan dibawa ke peringkat pusat.,” kata Pengarah Pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

“Walau bagaimanapun, kerusi yang ditanding akan mengikut status quo. Sebab itu, kita tanding di Tenang,” kata Abdul Halim merujuk kepada pilihanraya kecil di Johor, Januari lalu.

“Kalau ada perubahan kita akan runding,” tambah beliau.

Pilihan raya umum dijangka diadakan pada akhir tahun ini atau pertengahan tahun depan.

Beliau turut menolak cadangan bahawa PAS akan bertanding di kerusi majoriti Melayu di negeri Sabah, Perak dan Selangor kerana mahu menjaga status quo.

Sementara itu beliau turut menolak cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno yang digembar-gemburkan oleh pihak Umno.

“(Mursyidul Am) Datuk Nik Aziz Nik Mat dan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun sudah menolak cadangan kerajaan perpaduan.”

Tiada ulasan: