Oleh: MOHD YATIM SUHAILI KERAJAAN Malaysia wajib menentukan dasar berhubung Teknologi Hijau kerana mengelirukan rakyat jelata dan kementerian tertentu sehingga membuat tafsiran mengikut pandangan peribadi sendiri demi menyelamatkan diri mereka daripada dituduh sebagai Penjenayah Alam Sekitar. Aktivis Masyarakat dan Hak Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu menegaskan demikian sebagai mengulas kenyataan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bertajuk ‘Bateri Asid Plumbum KKLW Tepati Piawaian’ yang dilihat cuba memperdaya masyarakat celik internet di Malaysia untuk menerima ‘kezaliman’ yang mereka lakukan selama ini. “Sampai bila mereka mahu memperbodohkan masyarakat Sabah untuk menerima bateri beracun yang telah diharamkan di seluruh dunia dan piawai yang mereka katakana tersebut adalah reka bentuk dan bukannya keselamatan bateri berkenaan,” ujar Patrick yang akan menghantar surat bantahan rasmi berhubung kenyataan mengelirukan tersebut yang dibuat secara tidak professional. Sewajarnya kata Patrick, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menyediakan garis panduan agar KKLW tidak seperti tujuh orang buta dengan seekor gajah. “Jika pandangan ini adalah pandangan peribadi menteri atau pegawai berkenaan, maka kita mengutuk keras pembohongan ini dan menggesa agar Menteri KKLW menyatakan pendirian berhubung isu ini,” ujar Patrick yang menggesa Kabinet menubuhkan Jawatankuasa Khas mengkaji bahaya plumbum dan menghentikan segera penggunaan bateri asid plumbum. Dalam hal ini kata Patrick, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menjalankan siasatan terhadap semua kontrak runding terus Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) kerana harganya antara tiga atau lima kali ganda daripada harga pasaran. “Di mana mereka akan buang bateri berkenaan kelak? Bukankah Sabah dan Sarawak tidak mempunyai pusat pelupusan bateri plumbum? Mustahil menteri dari Sabah ini tidak tahu atau berpura-pura lupa?,” tanya Patrick yang meminta kerajaan negeri memantau kegiatan KKLW menimbun bateri asid plumbum di Sabah dan mengkisahkan ‘Hikayat 1001 Malam’ untuk mengaburi mata rakyat Sabah. |
Khamis, 5 Mei 2011
PANDANGAN PERIBADI ATAU DASAR KERAJAAN?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan