Jumaat, 6 Mei 2011

Najib makin terhimpit politik perkauman BN

Wira Arjuna

Di satu sudut, Umno sekali lagi berjinak dengan PAS dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mengajak parti itu keluar dari Pakatan Rakyat dan bekerjasama dengan Umno demi Islam dan penyatuan orang Melayu.

umno pas mcaTidak apa jika ada bantahan keras dari parti komponen kedua terbesar BN, MCA, yang menolak agenda Islam PAS.

Di satu lagi penjuru, MCA mengugut kaum Cina kononnya mereka akan hilang suara dalam kerajaan jika terus menyokong DAP yang akrab dengan PAS dalam gagasan Pakatan Rakyat.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memberi amaran pihaknya akan menolak segala jawatan dalam kerajaan jika parti itu kecundang pada pilihan raya umum seperti yang dialami parti itu pada tahun 2008.

umno mca chua soi lek najibInilah pendekatan politik yang digunapakai oleh dua tonggak BN, satu-satunya parti yang memerintah negara sejak kemerdekaan lebih 50 tahun lalu.

Islam, survival Melayu serta ugutan bahawa orang Cina akan kehilangan suara dalam kerajaan dicanang dengan sewenang-wenangnya, dijaja dalam media setiap hari, demi mencari kemenangan di peti undi.

Dalam politik negara ini, lazimnya matlamat menghalalkan cara. Justeru, keghairahan Umno melamar PAS dan ugutan MCA kepada pengundi Cina tidak menghairankan sungguhpun ia membangkitkan beberapa persoalan asas.

Selamatkan Islam

Kenapa Umno begitu terdesak sehingga sanggup melamar PAS berulang kali dan membelakangkan perasaan rakan setianya MCA?

mca chua soi lek 050511 lost again then no cabinet 02Apakah MCA begitu tertekan sehingga terpaksa memberikan ugutan halus kepada pengundi Cina bahawa “sokong kami, jika tidak…”

Kalau itu bukan ugutan namanya, maka kita menunggu Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memberikan definisi yang lebih tepat.

Tindakan sebegini oleh Umno dan MCA untuk mendapatkan undi daripada kaum yang mereka wakili menyerlahkan politik perkauman sempit yang menjadi teras perjuangan mereka.

Sejak tahun 2008, Umno tidak pernah lelah untuk meyakinkan PAS supaya meninggalkan Pakatan Rakyat.

Pelbagai alasan dilontarkan saban hari menerusi TV3 dan Utusan Malaysia bagi meyakinkan pemimpin-pemimpin PAS bahawa langkah itu cara terbaik untuk menyelamatkan Islam dan orang Melayu.

NONE“Pentingnya” Umno-PAS duduk semeja bagi memperjuangkan Islam, video lucah yang mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rekod DAP yang kononnya mengabaikan umat Islam di Pulau Pinang menjadi sandaran Umno kenapa PAS perlu bercerai dari Pakatan.

Segala perkembangan ini meresahkan MCA kerana strategi parti itu adalah menggunakan kerjasama DAP-PAS untuk menakut-nakutkan pengundi Cina demi meraih undi mereka.

Bagaimana MCA akan berbuat begitu, jika Umno semakin bersungguh-sungguh melamar PAS?

Muhyiddin-Mahathir menunggu

Malah Umno dikatakan menawarkan jawatan kanan dalam kerajaan kepada pemimpin-pemimpin PAS jika sanggup keluar dari Pakatan.

MCA pimpinan Chua Soi Lek sudah pun mengumumkan akan menolak jawatan kerajaan jika parti itu di tolak oleh pengundi pada PRU akan datang.

NONEBagaimana untuk mengekang kemaraan DAP, jika PAS tidak lagi menjadi rakan DAP dalam Pakatan Rakyat?

Persoalan ini membelenggui Chua namun tidak menjadi pertimbangan Umno dan Najib.

Ini kerana Umno terpaksa menjaga kepentingannya sendiri untuk mencari kemenangan mutlak daripada pengundi Melayu khususnya di kawasan luar bandar pada pilihan raya umum ke-13.

Hanya kemenangan sebegitu dan penguasaan semula majoriti dua pertiga di Parlimen akan membolehkan Najib menang selesa pemilihan Umno tahun depan. Jika tidak gandingan Muhyiddin-Mahathir menunggu untuk mencabar beliau.

NONEWalaupun Umno meminggirkan MCA demi survival politiknya sendiri, parti kaum Cina itu bernasib baik kerana PAS menolak pelawaan Najib.

PAS menolak undangan Najib itu bukan kerana parti Islam itu sayangkan MCA, tetapi kerana perjuangan Islam yang didokong PAS melarang kerjasama dengan pihak yang mengamalkan rasuah dan penyelewengan kuasa.

Tidak akan kerjasama

“Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?” kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi menegaskan PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat.

ceramah selamatkan malaysia pas shah alam 090111 anwar ibrahim dan hadi awang“PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama Pakatan adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman,” katanya lagi.

Kenyataan Hadi itu pasti melukai dan mencalar ego dan jatidiri Umno, khususnya Najib. Segala perancangan mengenai video lucah dan laporan Utusan mengenai rekod DAP di Pulau Pinang tidak mengenai sasaran.

Namun ada juga pihak yang berterima kasih kepada Hadi – iaitu MCA kerana satu-satu senjatanya (kerjasama DAP-PAS) untuk menakut-nakutkan pengundi Cina -- masih boleh bernyawa.

Itulah realiti politik BN. Kerangka perkauman sempit telah lama mencorakkan agenda parti pemerintah untuk menakut-nakutkan pengundi menerusi isu-isu agama dan perkauman.

NONESebenarnya kedudukan Islam di negara ini tidak luntur jika ada Umno dan PAS di pihak bertentangan, kerana kedudukan Islam terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Begitu juga dengan soal kedudukan Raja-Raja dan hak keistimewaan Bumiputera dan pribumi.

Kedudukan Islam

Soal perbezaan politik Umno dan PAS tidak langsung menjejaskan kedudukan Islam di Malaysia.

Namun hakikat adalah penyatuan antara PAS dan Umno secara rasmi atau sebaliknya amat penting, kerana tanpanya Umno tidak boleh mendabik dada sebagai suara orang Melayu.

“Lesen” ini yang diperlukan oleh pemimpin Umno untuk menjamin jangka hayat politik mereka.

azlanTun Dr Mahathir Mohamad hilang lesen itu sejak tahun 1999 selepas memecat Anwar dan terpaksa berundur pada tahun 2003.

Penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi gagal mengekalkan mandat yang diperolehinya pada tahun 2008 dan dipaksa oleh Umno-Mahathir untuk meletakkan jawatan.

Kini tiba giliran Najib untuk mencari semula balik kiblat Umno – justeru beliau tidak putus-putus mencuba meleraikan ikatan PKR-PAS-DAP dengan pelbagai helah dan sogokan supaya tidak mengalami nasib sama seperti Abdullah.

Biarpun pelawaan kepada PAS mengundang kemarahan MCA dan parti lain dalam BN, bagi Najib matlamat menghalalkan cara – kemenangan mutlak harus dicari untuk

Umno supaya beliau boleh terus diangkat menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri.




Tiada ulasan: