Fakhri Ali |
NIBONG TEBAL: Kemungkinan besar puak dan juak-juak Umno adalah sex-maniac sehingga mereka begitu seronok dengan berita, dakyah, fitnah, tohmahan yang bersandarkan kepada seks dan lucah. Mereka juga tidak merasa malu apabila cerita-cerita aib yang memalukan itu didedahkan kerana beranggapan ia adalah suatu perkara biasa dan lumrah. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata demikian ketika menyampaikan ceramah beliau di Dewan JKKK, Bukit Panchor, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, malam tadi. Katanya lagi, sepatutnya Umno sudah diarkibkan sebagai khazanah sejarah negara, setelah mereka tidak lagi mendapat sokongan majoriti rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang. Beliau menambah, berdasarkan kepada sejarah, telah terbukti Umno dan BN sudah sampai ke tahap bankrap kerana ketandusan modal untuk berpolitik. Akhirnya, kata beliau isu jijik, rendah moral, celah kain dan seumpamanya dijadikan bahan utama bagi media arus perdana mereka tanpa mempunyai rasa malu sedikit pun. "Inilah akibatnya apabila pemimpin dan parti yang meletakkan perjuangan Islam di belakang dan memartabatkan sekularisme sebagai paksi. “Akhirnya politik negara kelam kabut, rakyat bercelaru dan tidak hidup dalam aman dan harmoni, " tambahnya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena. |
Selasa, 3 Mei 2011
Juak Umno jenis 'sex maniac'
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan