Khamis, 5 Mei 2011

DAP Sarawak mula jejaki kawasan Bidayuh

Ang Ngan Toh

DAP Sarawak memulakan langkah pertama untuk menembus kawasan pedalaman dengan melantik seorang tokoh profesional Bidayuh sebagai pembantu khas kepada setiausahanya, Chong Chieng Jen.

Mordi Bimol, 26, juga dilatih sebagai seorang bakal calon DAP pada pilihan raya negeri yang akan datang.

NONETetapi untuk masa ini, beliau akan membantu Chong (kanan) yang juga ADUN Kota Sentosa dan ahli parlimen Bandar Kuching untuk berkhidmat di kawasan Tasik Biru.

“Dia akan mengendalikan aduan orang ramai di pusat khidmat bazaar Batu Tujuh,” kata Chong ketika memperkenalkan Mordi, graduan Universiti Malaysia Sarawak dalam jurusan sains akuatik dan pengurusan kepada wartawan.

“Selain membantu saya, beliau juga ditugaskan menubuhkan cawangan parti itu di Tasik Biru, tempat asalnya,” kata Chong.

Menurutnya, cawangan itu akan memberikan perkhidmatan kepada penduduk di Tasik Biru di Bau yang terletak kira-kira 100 kilometer dari Kuching.

Katanya lagi, pelantikkan Mordi selaras dengan rancangan lima tahun DAP untuk mengembangkan sayapnya di kawasan luar bandar.

Chong berkata DAP juga sedang memerhatikan Opar, satu lagi kerusi yang menjadi sasaran parti itu yang majoriti pengundinya Bidayuh pada pilihan raya akan datang.

“Saya masih mencari calon yang layak dan sesuai untuk dijadikan pembantu khas saya untuk di Bengoh dan Opar,” katanya.

Menurutnya, beliau percaya ramai pemuda Bidayuh yang berpendidikan sedia menyertai perjuangan parti itu.



Tiada ulasan: