Rabu, 15 September 2010

Zaid: Siapa musuh parti dalam PKR?

MALAYSIA KINI


Ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim menafikan beliau ditaja oleh ahli perniagaan Datuk Soh Chee Wen untuk menghancurkan parti itu.

Katanya, sejak isu pemilihan timbul, cara berkempen setakat ini adalah melabel mereka yang menawarkan diri tetapi tidak direstui sebagai 'musuh parti'.

“Adakah benar saya ditaja oleh ahli perniagaan Datuk Soh Chee Wen untuk menghancurkan parti? Itukah cara kempen setakat ini? Bahawa saya ini pengkhianat dan saya orang baru?

“Pada pendapat saya, isu kempen sebenarnya mudah sekali. Jika ahli-ahli PKR selesa dan berpuas hati dengan prestasi parti berteras reformasi ini, maka pilihlah calon-calon yang setia dan mereka dari Reformasi 1998. Jika ahli-ahli PKR percaya bahawa semua masalah dan kelemahan parti kita adalah ciptaan dan kerenah Umno, mereka patut memilih pemimpin yang sedia ada sebagai calon,” katanya dalam posting terbaru di blognya.

Menurut Zaid, beliau menawarkan diri sebagai calon hanya jika ahli PKR mahu alternatif dalam membuat perhitungan.

Tak masuk akal

Katanya lagi, beliau sebenarnya tidak mahu menjawab segala tohmahan tetapi tuduhan yang tidak masuk akal terpaksa dijawabnya.

“Soh Chee Wen (kiri), setahu saya, adalah rakan akrab dan setia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan telah membantu PKR. Azmin Ali, Syed Shahir dan (Datuk) Chua Jui Meng tahu hal ini. Saya kenal Soh kerana dia dilantik oleh Anwar untuk menganggotai biro politik PKR sembilan bulan lalu.

“Amat tidak masuk akal untuk Soh digambarkan sebagai orang jahat dengan serta-merta bila berkawan dengan saya, tetapi bila berkawan dengan Anwar, dia orang yang baik. Ini aneh sekali,” tulisnya.

Zaid sehubungan itu menafikan beliau dibiayai oleh Soh ataupun orang lain.

Nombor dua tak ada kuasa

“Lagipun jawatan timbalan presiden (PKR) itu sebenarnya tidak ada kuasa. Nombor dua dalam politik Malaysia ini hanya untuk glamour dan nama saja, tidak ada banyak kuasa sangat.

“Apa lagi dalam PKR, nombor satu pun tak ada kuasa seperti ketua umum, jawatan yang tidak boleh ditandingi. Jadi, saya tidak faham riuh-rendah pasal jawatan nombor dua ini,” tulisnya secara sinis.

Sebelum ini, seorang pemimpin kanan PKR, Syed Shahir Syed Mohamud yang juga merupakan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) memberi amaran bahawa PKR telah dimasuki dan dirasuki musuh.

Bagaimanapun siapa musuh itu dan berapa jumlahnya tidak didedahkannya.

Pemilihan untuk jawatan nombor dua hangat, apabila penyandangnya, Syed Husin Ali mengumumkan hasratnya untuk berundur setelah memegangnya selama dua penggal.

Selain Zaid yang mengintai jawatan itu, seorang lagi naib presiden Azmin Ali juga dikatakan berminat menjadi orang nombor dua PKR.

Bagi mengendurkan politiking dalam PKR, sesetengah pihak mencadangkan supaya Anwar dicalon menjadi presiden manakala presiden sekarang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga adalah isterinya menjadi timbalan.

Namun Anwar yang juga adalah ketua umum PKR, semalam mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan menerima sebarang pencalonan untuk sebarang jawatan dalam parti.

21 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Hentikan mainan politik.

azman berkata...

ini perkembangan yang tidak sihat dalam pemilihan parti PKR.

Unknown berkata...

Adakah ini bertujuan untuk membinggungkan rakyat??

Tanpa Nama berkata...

biarlah pemimpin tertinggi dan ahli2 PKR menyelesaikan masalah ini. samada konflik ini dipanjangkan atau tidak, kesannya tetap kepada PKR dan tidak akan melibatkan rakyat.

mandau berkata...

macam2 masalah yang berlaku salam PKR ni.

joey berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
joey berkata...

konflik yang berlaku hanya menunjukkan masalah yang terdapat dalam PKR

Sanih Alias berkata...

apa pun, bertandinglah secara adil dan bersih. Tidak perlulah memfitnah yang bukan-bukan. Kita tidaktahu kepastian betul atau tidak Zaid ditaja atau tidak.

Bujang Senang berkata...

Musuh dalam selimut sungguh merbahaya, tapi apa pun janganlah main tuduh-tuduh saja. Cari kebenaran adakah benar atau tidak perkara atau tuduhan terhadap seseorang itu. bukti itu yang penting untuk memastkan kebenaran

Paquin berkata...

Tak habis2 dengan gimik. huhuhu

Paquin berkata...

Apapun saya harap semuanya berakhir dengan baik.

Unknown berkata...

siapa musuh siapa kawan? kenapa perlu ada perasaan syak wasangka yang menebal di kalangan ahli dalaman parti sendiri? kalau dalam pun sudah buruk sangka menebal..apa lagi dengan parti-parti lain..umpamanya BN?

Unknown berkata...

permainan politik adalah penuh dengan tanda tanya...kalau sudah tidak tahan dengan segala permainan dan persoalan politik, lebih baik berundur supaya lapang fikiran...lapang dada!

mike berkata...

isu dalaman PKR adalah masalah PKR sendiri...tidak perlu digembar-gemburkan.

mike berkata...

tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya dalam PKR...

Unknown berkata...

Inilah mainan politik. Jka tidak dapat bersaing, akibatnya penyingkiran berlaku.

kb girl berkata...

Keadaan ini berlaku dalam segala pilihan parti atau persatuan. Dua pihak yang bertentangan akan berbalah sesama sendiri.

Unknown berkata...

Pergolakan dalam PKR menunjukan parti dan pemimpin parti tidak mampu meredakan konflik dalam parti.

Unknown berkata...

Zaid tahu siapa yang dikatakan olehnya itu.

captain berkata...

Terima cabaran ini dan cari jalan mengatasinya. Rungutan melalui media cuma menunjukan kelemahan.

Unknown berkata...

Memusuh sesama sendiri dalam parti yang sama. Sanggupkah kita meletakan masa depan kita pada parti ini?