Selasa, 14 September 2010

Umno dicabar tukar jadi Pekembar

Humayun Kabir

PAS mencabar Umno agar menukar singkatan namananya dalam bahasa Inggeris 'United Malay National Organisation' kepada bahasa Melayu iaitu Pertubahan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar).

Menurut timbalan pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tindakan itu bagi memastikan orang Melayu memahami agenda politik Umno.

Katanya, di kawasan pedalaman, kebanyakan orang Melayu tidak faham apa itu Umno kerana ia dalam bahasa Inggeris.

Malah menurut Nizar, ada juga di kalangan ahli Umno sendiri tidak tahu dan memahami singkatan bagi nama Umno itu.

Menteri besar Perak yang disingkirkan itu berhujah jika Umno ikhlas berjuang untuk masyarakat Melayu termasuk mempertahankan bahasa dan budayanya, adalah amat menghairankan bagi mereka mengekalkan nama dalam bahasa penjajah.

“Tidak perlu malu bagi menggantikan nama Inggeris - Umno dengan versi Melayu - Pekembar untuk mencerminkan agenda politik mereka,” kata Nizar.

Menurut beliau Umno sebenarnya adalah parti perkauman dan juga hiprokit kerana menggunakan nama Inggeris untuk memperkenalkan budaya dan bahasa Melayu.

Dakwanya setelah mencapai kemerdekaan 53 tahun, Umno tetap merupakan sebuah parti rasis kerana hanya memperjuangkan hak Melayu sedangkan PAS bergelut untuk kepentingan Islam dan juga bukan Islam.

Nizar berucap di sebuah ceramah baru-baru ini di Kampung Batu Enam, Selama di Perak.

Pada ucapannya itu, beliau juga membidas tindakan kerajaan dan mepersoalkan mengapa pembelajaran tulisan Jawi dikeluarkan daripada sistem pendidikan di sekolah-sekolah.

Katanya, akibat tindakan itu, sebahagian besar generasi muda tidak boleh membaca dalam tulisan Jawi dan menyukarkan pembelajaran Al-Quran dan agama kerana kebanyakan bahan berkenaan adalah dalam bahasa Arab yang menggunakan tulisan Jawi.

25 ulasan:

Hosie Masie berkata...

Kenapa perlu untuk ditukar nama UMNO kepada Perkembar.??Dari dulu lagi UMNO ini digunakan sehingga sekarang. KIta memang tahu dari mula lagi, UMNO adalah parti yang memperjuangkan Melayu. Perkembar????Tidak sesuai dengan nama tersebut. PAS tidak perlulah mahu menukar nama orang, kalau mahu tukar, pergilah tukar nama PAS yang tidak tahu apa itu. UMNO itu adalah nama yang terbaik. yang penting perjuangan mereka ban bukan NAMA..

Anak Sabah berkata...

Itu hanya nama sahaja. Tidak bermakna kalau tiada sebarang tindakan diambil.

azman berkata...

nama pun nak dijadikan isu??? PAS perlu melakukan pekara lain yang lebih memberi faedah kepada rakyat daripada menjadikan pekara seperti ini sebagai isu.

mantra berkata...

nama parti bukan satu isu, yang penting adalah perjuangan parti. nama UMNO dah sebati dalam diri orang melayu, tak perlulah nak ditukar lagi.

Tanpa Nama berkata...

lihat la PAS, singkatan 'UMNO' pun boleh dijadikan isu. tapi masalah air di Kelantan tidak pula dijadikan isu. bukankah PAS juga sama2 hipokrit?? mengizinkan kerajaan DAP menindas rakyat Melayu di P.P.. adakah itu perjuangan PAS??

Tanpa Nama berkata...

rakyat sudah sedar, walaupun kerajaan PAS aktif ke hulu ke hilir mengutuk kerajaan umno/BN dan merayu sokongan rakyat, semua usaha itu belum tentu berhasil. lihat sahaja kemunculan blog2 yang membenci PAS/PR.

Mahsiran berkata...

UMNO tidak malu untuk menukar nama, apa guna kalau tukar nama sekiranya perjuangan tidak ada. Lagi bagus dengan nama sekarang UMNO dan berjuang dengan bersungguh untuk negara.

Hamdan Hadillah berkata...

Inilah mainan PAS. Mereka hanya tahu menghulurkan ISU yang tidak masuk akal seperti tukar nama. Bukankah itu hal UMNO sendiri mahu tukar nama atau tidak kenapa PAS pula pandai-pandai mahu ikut campur. Sekiranya PAS disuruh tukar nama? Apa kata PAS pula?

Carilah isu yang boleh membantu rakyat dan bukan memeningkan rakyat.

mandau berkata...

nama bukan satu isu besar pun, yabng penting perjuangan parti. pembangkang tk perlulah nak timbulkan isu tk patut2 ni.

Tanpa Nama berkata...

PAS tidak perlulah menyuruh UMNO menukar nama. yang penting apa yang diperjuangkan adalah baik untuk rakyat.

Unknown berkata...

"Menurut beliau Umno sebenarnya adalah parti perkauman dan juga hiprokit kerana menggunakan nama Inggeris untuk memperkenalkan budaya dan bahasa Melayu".

apa yang cuba diterangkan oleh PAS? UMNO parti perkauman? atau hanya PAS saja parti yang adil untuk semua kaum?

Unknown berkata...

"Dakwanya setelah mencapai kemerdekaan 53 tahun, Umno tetap merupakan sebuah parti rasis kerana hanya memperjuangkan hak Melayu sedangkan PAS bergelut untuk kepentingan Islam dan juga bukan Islam".

Apa kata rakyat seluruh negara tentang petikan oleh PAS tersebut????

Antanum berkata...

Tidak ada isu sebenarnya di sini, kekal tidak kekal nama tersebut tidak akan mengubah apa2... Jadi tidak perlula hal ini diperbesarkan...

kb girl berkata...

Selama ini tidak pernah orang mebangkitkan pekara ini. Betul juga UMNO adalah singkatan ayat dari nama inggerisnya.
Patutkah ia diubahkan?

mike berkata...

tidak perlu menukar nama..

mike berkata...

UMNO bukannya parti rasis seperti apa yang dikatakan oleh PAS..jika ianya sebuah parti rasis maka UMNO tidak akan wujud di Sabah..

mike berkata...

"Menteri besar Perak yang disingkirkan itu berhujah jika Umno ikhlas berjuang untuk masyarakat Melayu termasuk mempertahankan bahasa dan budayanya, adalah amat menghairankan bagi mereka mengekalkan nama dalam bahasa penjajah..."

bahasa penjajah? bahasa lingua franca lah..ini sebenarnya bukan isu tetapi PAS sengaja berbuat demikian untuk mengelirukan rakyat seterusnya meraih sokongan rakyat..adakah disebabkan dia terlepas kerusi menteri besar perak maka berkata sedemikian yang xboleh dikatakan kurang matang dan profesional?

mike berkata...

"Pada ucapannya itu, beliau juga membidas tindakan kerajaan dan mepersoalkan mengapa pembelajaran tulisan Jawi dikeluarkan daripada sistem pendidikan di sekolah-sekolah."

bukan semua pelajar di sekolah2 adalah beragama islam..adalah tidak relevan mengekalkan subjek tulisan jawi tersebut kecuali di sekolah2 agama islam..

mike berkata...

didikan agama harus diberikan kepada generasi muda..ini bukan hanya tanggungjawab kerajaan malahs pembangkang dan ibu bapa serta guru..jika mereka tidak tahu membaca dalam tulisan jawi, ianya adalah disebabkan oleh kesilapan mereka atau ibu bapa yang kurang prihatin..PAS harus lebih bernas dan rasional dalam hujah mereka..lihat kepada fakta dan bukannya pandangan peribadi yang tidak ilmiah dan profesional..

mike berkata...

UMNO adalah salah satu parti komponen dalam BN...adalah tidak wajar mengatakan bahawa UMNO adalah rasis kerana sejak merdeka UMNO telah berpadu dengan MIC dan MCA membentuk parti perikatan...berbanding dengan PAS yang baru setahun jagung mengalami pengalaman penggabungan parti dalam Pakatan Rakyat..rakyat seharusnya bijak menilai apa yang benar dan salah..

Unknown berkata...

Nama UMNO lebih bermakna dibanding Pekembar.

Unknown berkata...

UMNO sudah dipakai sejak penumbuhanya, tidak perlu ditukarkan.
Cadangan ini berkarutlah.

Unknown berkata...

Tiba-tiba mencabar UMNO menukar nama parti? Apa motif ini?
Kan sedap nama UMNO, tak perlulah tukar.

captain berkata...

Memboringkan!!! Kenapa tiba-tiba mencabar UMNO menukar nama? Kan lebih baik membuat cadangan yang membolehkan UMNO beprestasi dengan lebih baik.

Unknown berkata...

Pekembar? ganjil rasanya. Nama UMNO lebih sedap didengar, lebih baik jangan tukar.