Selasa, 14 September 2010

Syed Husin: Gandingan Anwar-Azizah Lebih Baik


Radzi Razak

DAMANSARA - Dr Syed Husin Ali berkata cadangan beberapa pihak dalam Parti Keadilan Rakyat yang mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menerajui parti itu sebagai presiden dan Timbalan Presiden harus diberikan pertimbangan wajar.

Syed Husin yang melepaskan jawatan Timbalan Presiden parti itu berkata cadangan berkenaan bertujuan merapatkan barisan dalam parti dan sekali gus meletkakan asas hala tuju yang lebih jelas untuk menghadapi cabaran masa depan.

"Saya tidak mengesyorkan (cadangan itu tetapi) hanya lebih baik begini," kata beliau merujuk kepada hasrat beberapa negeri berkenaan, pada sidang media di sini, hari ini.

Syed Husin turut berkata, kombinasi Anwar-Azizah ini membolehkan kepimpinan parti menjadi lebih jelas dan tersusun jika 'apa-apa' terjadi kepada Anwar.

Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh sebelum ini membayangkan kemungkinan beliau dihumban kembali ke penjara kerana perbicaraan konspirasi fitnah kedua bersabit pertuduhan liwat.

Ini berasaskan kepada beberapa keputusan hakim dan tindakan Peguam Negara yang dilihat tidak bersandarkan kepada prinsip keadilan ataupun kerukunan undang-undang.

Syed Husin akur bahawa Anwar telah mengeluarkan kenyataan untuk tidak bertanding sebarang jawatan pada pemilihan parti dan akan terus menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Umum yang lebih mirip kepada tanggungjawab sebagai penasihat.

Keputusan Syed Husin untuk tidak mempertahankan kerusi Timbalan Presiden dilihat sebagai petanda jelas PKR sedang melalui arus perubahan kepimpinan menjelang Pilihanraya Umum ke-13.

Naib Presiden, Azmin Ali dan Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dilihat bakal bersaing hebat dalam pemilihan November nanti.

Malah, beberapa ADUN dan Ahli Parlimen PKR telahpun menyatakan sokongan terang-terangan kepada Azmin yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan PKR Selangor.

13 ulasan:

Bujang Senang berkata...

Suami isteri pula itu. apa-apa masalah senang untuk diselesaikan, memanglah boleh dikatakan lebih baik. semoga apa pun berjalan dengan lancar.

Tanpa Nama berkata...

PKR lebih tahu apa yang parti mereka perlukan. jadi, teruskan cadangan itu dan semoga berjaya..

Paquin berkata...

Pandai2 lah PKR urus ba.

Paquin berkata...

Apapun saya harap senario politik di Malaysia lebih tenteram dan tak payah terlalu di 'close up' nanti kalah pula artis. hehehe

mantra berkata...

terpulang dgn kepimpinan PKR nak menguruskan parti mereka.

Anak Sabah berkata...

Bukankah PKR itu milik isteri Anwar dari awal lagi?

azman berkata...

semuanya terpulang kepada mereka sendiri. hala tuju PKR ditentukan oleh ahli-ahli parti.

Unknown berkata...

Satu cadangan yang bagus. Semoga berjaya!

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

nampaknya semakin rancak pemilihan peringkat parti PKR ini. apa pun segalanya terpulang pada ahli mereka membuat pilihan.

mantra berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
mandau berkata...

jika dirasakan gandingan mereka baik, lalukan sajalah.

Unknown berkata...

Jarang ada institusi keluarga yang menguruskan satu parti politik. Sekarang anak pun join sama. Asalkan tidak lari tajuk sudah..