Khamis, 2 September 2010

Penunjuk perasaan makin biadab

BERITA HARIAN ONLINE

JAKARTA: Penunjuk perasaan di Jakarta terus bertindak biadap terhadap Malaysia apabila membakar Jalur Gemilang ketika mengadakan tunjuk perasaan di luar Pejabat Kedutaan Malaysia di Kuningan di sini, semalam.

Penunjuk perasaan yang menggelarkan kumpulan mereka Gerakan Mahasiswa Hukum Jakarta (GMHJ) turut melempar Jalur Gemilang yang dibakar ke dalam perkarangan pejabat kedutaan.

Tidak cukup dengan itu, mereka melempar telur busuk, ikan masin dan tepung pada papan tanda pejabat kedutaan. Kejadian berlaku jam 11 pagi ketika kira-kira 30 ahli GMHJ mengadakan tunjuk perasaan menerusi Ganyang Malaysia yang mahu rakyat Malaysia diusir dari Indonesia.

Kira-kira 150 anggota Polis Republik Indonesia (POLRI) mengawal ketat pintu masuk kedutaan bagi menghalang penunjuk perasaan bertindak ganas, tetapi berakhir 40 minit kemudian selepas diarahkan bersurai.

Penunjuk perasaan turut melaung Ganyang Malaysia dan membawa sepanduk anti-Malaysia.

Ketua penunjuk perasaan, Bayu Segara menuduh Kerajaan Malaysia menghina lagu kebangsaan Indonesia, menceroboh sempadan, menghakmilikkan budaya Indonesia dan tidak menjaga kebajikan serta keselamatan Tenaga Kerja Indonesia di Malaysia.

Tiada ulasan: