Rabu, 8 September 2010

Mesyuarat bincang konvensyen BN

BERNAMA


Setiausaha agung parti komponen BN hari ini mengadakan mesyuarat bagi membincangkan persiapan untuk mengadakan Konvensyen BN pada November ini di Wisma MCA.

Difahamkan, mesyuarat selama dua jam itu bermula kira-kira pada pukul 11 pagi turut membincangkan pelantikan jawatankuasa untuk menyelaras penganjuran konvensyen tersebut.

Mesyuarat yang berlangsung di Hotel Marriott di Putrajaya, dipengerusikan oleh setiausaha agung BN yang juga setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan bagaimanapun, ketika ditemui pemberita enggan mengulas mengenai perkara yang dibincangkan.

Antara yang hadir ialah setiausaha agung MIC Datuk T Rajagopalu dan MCA diwakili oleh setiausaha penganjur Tee Siew Keong.

Difahamkan, selepas mesyuarat itu, mereka mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberi taklimat berhubung perkara itu.


Tiada ulasan: