Selasa, 14 September 2010

Kejutan Dari Ibrahim Ali Yang Kita Tidak Akan Terkejut

Oleh Wfauzdin NS

Perkasa di bawah Ibrahim Ali MP Pasir Mas akhirnya dimalukan oleh Umno. Umno yang mengaku memperjuangkan nasib bangsa Melayu di negara ini menolak Perkasa yang juga mengaku menjadi hero orang Melayu.

Kedua-duanya yang menjual nama Melayu ini bersengketa kerana apa? Jawapannya mudah, mereka bersengketa kerana masing-masing sebenarnya tidak ikhlas membela nasib orang-orang Melayu.

Kenyataan Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang mengaku akan membuat kejutan di dalam PRU nanti sebenarnya bukan satu kejutan. Terkejutkah kita jika raja katak Pasir Mas ini mengisytiharkan untuk menubuhkan parti baru?

Mungkin juga beliau akan keluar dari sarang di Pasir Mas dan berhijrah ke tempat lain yang beliau rasa kawasan itu boleh menyelamatkan beliau untuk kekal sebagai Ahli Parlimen?

Ke mana sekali pun raja katak ini berhijrah, ianya tidak mengubah pandangan orang terhadap Presiden Perkasa ini. Jika Umno sebuah parti yang kuat Melayunya pun menolak Perkasa yang dipimpin oleh Ibrahim Ali, bangsa atau kaum mana yang mahu percaya kepada perjuangan beliau?

Ibrahim Ali mendapat sokongan kuat dari Tun Mahathir iaitu tokoh yang mula-mula memecahkan perpaduan Melayu. Tun Mahathir menganggap rugi besar jika Umno menjauhi Perkasa. Kita tidak nampak pula di mana untungnya Umno jika bersama Perkasa, apatah lagi di bawah Najib dengan konsep 1Malaysianya itu. Perkasa lebih banyak memeningkan Umno daripada memulihkan Umno yang sememangnya sudah pening itu.

PAS awal-awal lagi sudah mengumumkan bahawa di dalam PRU akan datang, PAS tidak lagi mahu bersedekah kepada Ibrahim Ali kerusi Parlimen Pasir Mas. Memang tepat dan bijak keputusan PAS itu kerana bersedekah kepada orang yang sombong dan khianat tidak akan memperolehi pahala.

Ibrahim Ali juga menyebut bahawa Umno juga tidak mungkin (mustahil lebih tepat) untuk mencalonkan beliau di kerusi Parlimen Pasir Mas. Bahkan, jika Umno terdesak sangat untuk memilih raja katak ini sebagai calon mereka, Umno bakal mendapat malu besar nanti.

Ibrahim Ali menyebut masih banyak lagi kawasan majoriti Melayu yang boleh beliau wakili di dalam pilihan raya nanti. Mungkin Ibrahim menganggap bahawa kawasan majoriti Melayu adalah kawasan selamat buatnya.

Adakah sebelum ini Ibrahim Ali pernah bertanding di kawasan bukan majoriti Melayu? Dan kawasan mana yang pernah menghilangkan deposit beliau?

Beliau mesti ingat bahawa beliau menang di Parlimen Pasir Mas dahulu bukan kerana Ibrahim Ali Melayu, tetapi kerana pengundi memilih calon yang dipilih oleh parti yang memperjuangkan Islam bukan memperjuangkan Melayu semata-mata. Di Kelantan, sebuah negeri yang hampir 100 peratus Melayu, sekarang mempunyai Adun dari kaum berbangsa Cina.

Apa pun kejutan dari Ibrahim Ali tidak akan menjadi kejutan kepada mereka yang kenal Ibrahim Ali. Ibrahim Ali bukan sahaja menjadi duri dalam daging buat Umno, bahkan ianya menjadi racun kepada semua.

Insan yang satu ketika memuji Tuan Guru Nik Aziz, kemudiannya memperlekehkan MB Kelantan itu dan orang ini juga satu ketika menghina Datuk Seri Anwar, kemudiannya ingin bersama Datuk Seri Anwar dan kini kembali menyerang Datuk Seri Anwar adalah insan yang tidak boleh dipercayai bukan sahaja oleh manusia bahkan binatang sekali pun.

21 ulasan:

Unknown berkata...

Isu Melayu jika tidak diselesaikan secara berhemah dan bijak, bakal berlarutan selama-lamanya. Nak buka parti baru bukannya jalan penyelesaian baik kerana ia menggambarkan kelemahan Ibrahim Ali yang tidak mampu menyelesaikan kemelut dalaman Perkasa.

Unknown berkata...

orang-orang Melayu sepatutnya menunjukkan teladan baik kepada masyarakat bukan Melayu. Pertelagahan sebegini menunjukkan orang Melayu adalah tidak matang, suka ikut perasaan dan kurang mementingkan persaudaraan sesama saudara...saya kruang fahamlah apa yang orang-orang Melayu "serumpun" ni nak perjuangkan?

Paquin berkata...

Tubuhkan parti baru bukan penyelesaian yg terbaik. Bagi saya kesedarn diri adalah lebih penting, kerana ia boleh memastikan seseorang itu berdiri dan berjuan di jalan yg betul & bukannya utk populariti semata-mata.

Paquin berkata...

Saya cuma harap hal ni dapat ditanggani dengan baik. Jangan biarkan hal ni menimbulkan 1001 tanggapan buruk terhadap kepimpinan Melayu. IA juga harus sedar dan berpijak di bumi yg nyata. Saya yakin niatnya utk jadi hero Melayu tu ikhlas, tapi berpada-pada juga la. Jangan sampai terlontar ayat2 yg mampu mengguris perasaan kaum lain. Jika disampaikan dengan baik, pedas mcm mana sekalipun pasti orang boleh faham juga tu :)

Tanpa Nama berkata...

PAS tidak perlu masuk campur dan mengambil kesempatan atas konflik yang berlaku antara umno dan perkasa. bagi saya tindakan PAS menuduh kedua2 parti itu menjual nama Melayu dan tidak ikhlas membela nasib orang Melayu hanya sekadar menutup kesalahan PAS semata2. adakah PAS benar2 ikhlas memperjuangkan nasib orang Melayu sedangkan mereka membenarkan kerajaan DAP di Pulau Pinang menindas orang Melayu.

Tanpa Nama berkata...

sebelum mengutuk parti pihak lawan, lihat dulu parti sendiri dan parti yang seangkatan dengan PAS. sepatutnya isu ini tidak perlu dijadikan sebagai bahan politik PAS memandangkan masih banyak lagi isu yang amat memerlukan perhatian di negeri2 jajahan PR. jangan mempertikaikan perjuangan parti lain selagi parti sendiri tidak sempurna perjuangannya.

Hosie Masie berkata...

apa salahnyajika mereka bersatu dan berkerjasama, bukankah itu lebih menguatkan sokongan orang melayu. Kedua-dua mempertahankan hak orang melayu, jadi tidak salah jika berkerjasama untuk Melayu. Harap, PERKASA jangan terlalu mengikut perasaan dan bangga dengan sokongan melayu itu pun jika ada. Tidak lari kemana juga sekiranya jauh dari UMNO. Parti PAS sendiri pun tidak akan menerima PERKASA apa lagi parti lain. Oleh itu, presiden PERKASA fikirlah sendiri.

Anak Sabah berkata...

Perkasa bukan sahaja tidak ikhlas menjaga hak Melayu, tapi mereka juga sering mengeluarkan kenyataan rasis mengenai kaum lain. Sesiapa yang mengetahui muka sebenar Perkasa itu dah rasa meluat dengan mereka.

azman berkata...

PAS tidak perlulah mengambil kesempatan atas apa yang sedang berlaku. sebaiknya PAS selesaikan dulu masalah rakyat di negeri yang ditadbir oleh mereka.

Unknown berkata...

Tidak perlulah UMNO dan Perkasa bergaduh. Adalah lebih baik untuk bekerjasama daripada bersengketa kerana kedua-dua pun mempunyai matlamat yang sama iaitu membela nasib orang2x melayu.

Unknown berkata...

Diharapkan masalah antara Perkasa dan UMNO akan dselesaikan secepat mungkin. Jangan biarkan parti lain terutamanya PAS untuk mengambil kesempatan memburukkan nama UMNO dan Perkasa.

Mahsiran berkata...

PERKASA dan UMNO sama berjuang untuk melaku, tidak salahnya sekiranya cuba untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan perbincangan dan bukan perbelahan. PERKASA, bukan mudah untuk membentuk parti baru, jadi fikirkan yang terbaik.

mantra berkata...

UMNO, PERKASA dan PAS mempunyai perjuangan yang sama iaitu membela org melayu, lebih baik mereka bersatu.

mandau berkata...

tak kisah nak tubuhkan apa parti sekalipun, yang penting adalah perjuangan parti yang telus dan ia mendapat sokongan rkyat.

Tanpa Nama berkata...

PAS tidak perlulah mengatakan parti lawan menjual nama Melayu. lebih baik PAS selesaikan masalah mereka sendiri.

kb girl berkata...

Mulanya ia tidak dapat tempat dalam UMNO, kemudian bertanding bawah panji PAS.
Selepas jadi YB, dia mengkhianati pengundi yang memilihnya.
Boleh kita percaya ahli politik ini?

Unknown berkata...

Tanpa sokongan UMNO, Ibrahim Ali tidak mungkin dapat menang bertanding dalam PRU akan datang.

Unknown berkata...

Beliau menggunakan cara yang melampau untuk menyambung hayat politiknya.
Jika kita tidak memberi perhatian terhadapnya, hayat politiknya akan tamat dalam masa yang singkat

Unknown berkata...

Jika Ibrahim Ali berpendirian dan bermaruah, letak jawatan sebagai ADUN yang dimenangi menggunakan logo PAS.

captain berkata...

Cara melampau Ibrahim Ali tidak disenangi rakyat walau dari UMNO sendiri.
Pengumuman Tengku Anan bahawa UMNO akan bertanding kerusi Pasir Mas itulah yang mengejutkan Ibrahim Ali.

Unknown berkata...

Mulai hari ini, Ibrahim Ali boleh mengarahkan semua ahli Perkasa memindah kawasan undi mereka menumpu di satu kawasan yang Ibrahim fikir sesuai. Apabila sampai PRU, Ibrahim boleh bertanding dikawasan itu, pasti di akan menang.
Inilah kejutan.