Rabu, 15 September 2010

Dr Manuty enggan bertanding, mahu kekal persefahaman


TV SELANGOR


SHAH ALAM – Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Muhammad Nur Manuty enggan bertanding jawatan nombor dua parti bagi mengekal persefahaman antara pemimpin sekaligus mengelak elemen perpecahan.

” Saya rasa memang tidak bertanding. Saya tidak mahu berlaku perpecahan,” kata beliau kepada TV Selangor.

Muhammad Nur yang juga bekas ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) sebelum ini antara yang disebut-sebut akan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR selain Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Datuk Zaid Ibrahim.

Selain Muhammad Nur, antara yang turut disebut-sebut bertanding jawatan nombor dua parti ialah Pengerusi PKR Perak, Mustafa Kamil Ayub.

Kesemua 218 cabang PKR akan mengadakan mesyuarat tahunan masing-masing bermula 17 September ini.

Cabang-cabang akan mengundi memilih pemimpin nasional mulai 29 Oktober hingga 21 November.-

Tiada ulasan: