Selasa, 14 September 2010

Anwar tidak bertanding jawatan PKR

FREE MALAYSIA TODAY

Anwar Ibrahim 3 PETALING JAYA: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim beliau tidak akan bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan parti, akhir tahun ini.

PKR akan mengadakan kongres pemilihan pucuk pimpinan utama parti pada 13 November depan.

Beliau yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata demikian dalam blognya hari ini.

Sebelum ada yang mahu beliau bertanding jawatan presiden PKR yang kini dipegang isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Manakala Wan Azizah disaran bertanding timbalan presiden yang dikatakan menarik minat beberapa pemimpin utama parti antaranya Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim.

Anwar berkata, PKR memperkenalkan sistem pemilihan yang demokratik, memberi ruang kepada setiap anggota menentukan calon pilihan mereka.

"Maka di atas pundak setiap anggota dibebankan tanggungjawab untuk memastikan idealisme perjuangan dan tuntutan reformasi terus dipertahankan dengan penuh rasa tanggungjawab.

"Prinsip tersebutlah yang kelak menjadi asas pertimbangan, dan bukannya tuntutan luaran atau sogokan. Kaedah etika pemilihan wajib dipatuhi semua," tulisnya.

Anwar berkata, rakan-rakan serta pemimpin di peringkat akar umbi juga melahirkan keprihatinan dan melontarkan beberapa cadangan tambahan buat pertimbangan pimpinan.

Katanya, sesuai ditegaskan bahawa adalah hak anggota memilih berdasarkan prinsip perjuangan parti.

"Saya menginginkan persaingan yang sihat dengan semua calon yang dikemuka mematuhi etika pemilihan sepenuhnya dan tidak mendakwa mendapat restu saya," katanya.

12 ulasan:

Bujang Senang berkata...

harap persaingan adalah dengan cara yang bersih dan bukan dengan berat sebeleh. apa pun terpulang siapa yang jadi Presiden, itu pilihan ahli.

Unknown berkata...

saya lihat PKR semakin goyang di sana sini:)

Unknown berkata...

Perjuangan PKR masih terlalu jauh....perlu usaha kuat dan strategi bijak!

Paquin berkata...

Tunggu dan lihat sajalah. Susah mo komen ni, masih awal. hehe

Paquin berkata...

Apapun, saya harap persaingan berlangsung secara bersih, jangan main belakang. hehe

azman berkata...

terpulang lah kepada ahli-ahli PKR menentukan hala tuju mereka. bagi yang bertanding kenalah bersaing dengan bersih.

Anak Sabah berkata...

Diharapkan pemilihan ini berjalan lancar.

mantra berkata...

bersaing dngn cara baik, pilih calon benar2 layak.

Unknown berkata...

Pemimpin haruslah mengamalkan persaingan yang sihat dan adil barulah rakyat akan menghormati pemimpin tersebut.

Tanpa Nama berkata...

pastikan persaingan dalam pertandingan adalah bersih dan sihat.

mandau berkata...

dalam persaingan ini, pilihlah calon yang berkebolehan.

Antanum berkata...

Walaupun beliau tidak bertanding untuk mana2 kerusi, tetapi beliau masih menjadi tulang belakang kepada parti itu. Tidak kesah la bertanding atau tidak, pengaruh beliau masih lagi kuat!!