Isnin, 8 Mac 2010

Konflik Maya, suami ke Mahkamah Syariah

BERITA HARIAN ONLINE



(lagi berita Maya Karin)" width="288" height="396">
Maya Karin (lagi berita Maya Karin)

KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Maya Karin (kanan), 31, mengakui kemelut yang dihadapi dengan suaminya, Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali Steven, 41, terlalu rumit dan mungkin berakhir di Mahkamah Syariah dalam tempoh terdekat.

Walaupun belum bercerai, setakat ini katanya, mereka membawa haluan sendiri dan perdamaian menemui jalan buntu.

“Hubungan kami rumit dan saya difahamkan Steven dalam proses memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah.

“Kita tunggu dan lihat sajalah di mana akhirnya. Saya serah kepada keadaan,” katanya kepada Berita Minggu.

Sebelum ini, Maya yang juga Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-49, mengakui rumah tangganya berdepan konflik. Maya dan Steven, seorang guru Matematik di sebuah sekolah antarabangsa di Seri Kembangan, Selangor bernikah pada 14 Ogos 2008 selepas tujuh tahun bercinta.

Perkahwinan mereka berlangsung dalam suasana romantis di tepi Tasik Como, Bellagio, Itali dan disusuli majlis resepsi di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, Selangor pada 26 Ogos tahun sama.


Tiada ulasan: