Jumaat, 15 Januari 2010

Rakyat Malaysia Akhirnya Tertipu Lagi, 1Malaysia Rupanya "Subsidi Didahulukan" Tetapi Kroni Ananda Krishnan Juga Yang Diutamakan !!

PAHANG DAILY
Eksklusif


Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional nampaknya sekali lagi gagal melaksanakan konsep 1Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" seperti yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak selama ini.

Jika sebelum ini rakyat ditekan dengan kenaikan harga gula serta berbagai lagi barangan keperluan harian yang lain. Malah, dalam masa terdekat ini dijangka minyak petrol dan diesel juga akan dinaikkan oleh kerajaan.

Ini semua kononnya untuk mengurangkan bebanan dan subsidi yang diberikan oleh kerajaan sejak sekian lama. Bila kenaikan berlaku, kerajaan mula menggunakan "subsidi" sebagai senjata untuk menyakinkan rakyat.

Anehnya, rakyat yang telah hidup sejak zaman berzaman tiba-tiba dihidangkan dengan istilah subsidi yang entahkan benar entahkan tidak. Malah, ada sesetengah pihak yang mengatakan subdisi yang diwar-warkan itu hanyalah satu "angka" yang sengaja direka cipta untuk mengaburi mata rakyat.

Maka, bermegahlah pemimpin UMNO yang gemar mengampu mengatakan kenaikan harga barangan tidak dapat dielakkan kerana kerajaan terpaksa menanggung subdisi bernilai berbilion ringgit. Maka, meloponglah ibu dan ayah kita yang sudah hidup sejak sebelum merdeka lagi dengan pemberian subsidi tersebut.

Selama ini, mereka hanya kenal isitilah subsidi untuk program pertanian seperti subsidi benih pokok, subsidi baja, subsidi racun serangga dan macam-macam lagi. Namun, kini subsidi digunakan kepada barangan keperluan yang mereka sendiri tidak pernah mendengar langsung perkara ini sejak dilahirkan ke bumi Malaysia ini dulu.

Apabila kenaikan harga barangan diumumkan, maka "subsidi didahulukan" sebagai senjata mereka.

Tiada ulasan: