Khamis, 14 Januari 2010

Gempa Bumi kuat melanda wilayah Papua

LAPORAN : AFP

JAKARTA – Satu gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter melanda wilayah Papua, Indonesia awal hari ini tatapi belum ada laporan kecederaan dan amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa berlaku pukul 12.18 pagi (1.18 pagi waktu Malaysia), 78 kilometer ke barat laut ibu kota wilayah selatan Papua, Manokwari pada kedalaman 26 kilometer, menurut agensi geofizik dan meteorologi.

Wartawan AFP di Manokwari berkata, gegaran berlaku kurang daripada 30 saat dan tidak menimbulkan panik di kalangan orang ramai atau menyebabkan kerosakan.

Tiada ulasan: