Isnin, 11 Mei 2009

Polis kawal bangunan SUK Perak

BERNAMA


IPOH: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berkumpul di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini mulai hari ini bagi mengelakkan keadaan yang tidak diingini berlaku, kata Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdulah.

Beliau berkata, polis akan mengambil tindakan kepada mereka yang tidak mematuhi arahan ini.

"Polis telah diarah berada di kawasan bangunan tersebut bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pejabat Menteri Besar Perak dan anggota EXCO kerajaan negeri terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Selain polis, beliau berkata, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) juga telah diarah berkawal di bangunan pentadbiran kerajaan negeri itu.

Katanya sehingga pukul 6.30 petang ini keadaan adalah terkawal.

Tiada ulasan: