Khamis, 14 Mei 2009

Didikan agama jalan terbaik atasi maksiat

UTUSAN ONLINE


SEREMBAN – Pendidikan agama secara berterusan dilihat satu cara terbaik bagi mencegah masalah individu terjebak dengan pornog rafi.

Pengarah Jabatan Kebajikan Ma syarakat negeri, Mizan Maulud berkata, melalui pendi dikan yang berkesan terhadap pe mikiran masyarakat, beliau yakin masalah itu dapat diatasi.

Namun, beliau juga mengakui, terdapat pelbagai kekangan dari pada masyarakat yang tidak menga mbil berat soal ini, walaupun ia jelas membawa implikasi negatif yang mampu meruntuhkan sesebuah ins titusi.

“Jika kita lihat teknologi Internet sekarang ini, sesiapapun boleh me layari laman web tanpa mengira lapisan umur selagi mereka mem punyai pengetahuan asas dalam bi dang komputer.

“Memang agak sukar bagi kita untuk mengekang semua laman web ini memandangkan berjuta-juta laman web berada di seluruh dunia menawarkan perkhidmatan bagi ‘kaki porno’ ini,” katanya ketika di hubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Malah, Mizan juga mendedahkan ada laman web tempatan juga me nawarkan perkhidmatan seks lang ganan melalui Internet bagi mereka yang ingin mendapatkannya pada bila-bila masa.

Tambah beliau, perkara itu cukup membahayakan dan memerlukan satu mekanisme yang bersesuaian bagi menghalang kegiatan tidak ber moral itu.

“Memang kita tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan pemikiran mereka yang terbabit (kaki prono) dianggap ‘kritikal’ dan sukar untuk diubati. Namun, apa yang boleh kita lakukan ialah mendidik anak-anak yang masih kecil untuk menjauhi perkara negatif sedemikian.

“Ini termasuklah pengawasan, pendidikan agama secara holistik se lain memberikan contoh yang baik kepada anak-anak mereka agar meng hindari perbuatan itu,” katanya.

Tiada ulasan: