Oleh ZULQARNAIN ABU HASSAN
KUALA LUMPUR: Penyanyi rap dan aktivis, Caprice memuat naik sebuah video sebagai jawapan kepada dakwaan pendakwah, Ebit Lew yang sebelum mendakwa penyanyi itu menepis tangannya selepas berpelukan.
Caprice dalam perkongsian itu juga berkata, dia tidak boleh mendiamkan diri dan mendakwa berdepan dengan pelbagai ugutan setelah Ebit meluahkan kekesalan menerusi siaran langsung di Facebook baru-baru ini.
“Fitnah, satu Caprice sudah tidak boleh berdiam lagi. Terlalu banyak ugutan diterima… jadi terpulanglah. Kita akan jelaskan satu per satu dan membela setiap tuduhan, fitnah adalah jenayah dalam Islam lagi teruk daripada membunuh.
“Insya-Allah di pengakhiran anda akan saksikan dan faham kenapa saya terluka juga kenapa satu Malaysia ditipu. Air mata dan kopiah itu sudah tidak boleh selamatkan kamu lagi.
“Tentang isu melutut, apa dia janji kepada Caprice di hotel dan apa
berlaku di Gaza yang buat Caprice sakit hati semua akan dijawab. Maaf
tapi saya sudah tidak boleh menerima caci atau maki lagi sementara
orang-orang kuat susun strategi untuk sembunyi Caprice,” tulisnya yang
masih menutup ruangan komen. UTUSAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan