Ahad, 12 Ogos 2018

Umat Islam sambut Aidiladha 22 Ogos

KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Rabu 22 Ogos ini, demikian diumumkan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, malam ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Korban bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu, 22 Ogos 2018,” demikian menurut kenyataan itu. – Bernama


Tiada ulasan: