Ahad, 12 Ogos 2018

Muhyiddin akan bertugas segera, jalani kimo untuk elak ketumbuhan berulang


 
Muhyiddin akan bertugas segera, jalani kimo untuk elak ketumbuhan berulang

Keadaan kesihatan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin baik dan beliau akan kembali bertugas pada minggu hadapan.

Beliau akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pagoh di Dewan Rakyat pada 14 Ogos 2018 dan menghadiri beberapa mesyuarat.

Demikian dimaklumkan oleh Setiausaha Akhbar beliau, Hafiz Abdul Halim dalam kenyataan medianya hari ini.

Menurut Hafiz, atas nasihat doktor, Muhyiddin akan menjalani rawatan susulan termasuk kimoterapi untuk tempoh 6 bulan sebagai langkah untuk memastikan masalah ketumbuhan beliau tidak berulang.

Tambahnya, pihak pejabat Menteri Dalam Negeri ingin memaklumkan bahawa tugas-tugas rasmi Tan Sri Muhyiddin adalah agak terhad sepanjang beliau menjalani rawatan susulan. Ini adalah untuk memastikan beliau dapat menjalani rawatan dengan sempurna dan pulih sepenuhnya.


Tiada ulasan: