Sabtu, 18 Ogos 2018

Tun M ucap tahniah

MalaysiaGazette

MGF14082018_TUN-M-HADIR-PARLIMEN05-681x454
Tun Dr Mahathir Mohamad


KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia bawah 23 tahun yang berjaya menewaskan Korea Selatan 2-1 dalam perlawanan malam tadi.

“Tahniah kepada skuad bola sepak negara ke Sukan Asia atas kemenangan. Malaysia Boleh!,” kata Perdana Menteri yang kini berada di China bagi lawatan kerja lima hari.

Dalam aksi Kumpulan E di Stadium Si Jalak Harupat, Malaysia nyata tidak gentar berhadapan pasukan Korea Selatan hingga berjaya menumpaskan pasukan itu dengan dua jaringan.

Menerusi kemenangan itu, skuad muda Malaysia kini mendahului Kumpulan E dengan mengumpul enam mata, sekali gus layak ke pusingan kedua.

Malaysia dijadual bertemu Bahrain pada perlawanan terakhir kumpulan, Isnin ini. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: