Tanda-tanda Awal Jantung Bermasaalah! Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit – berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, Injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.
Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan – Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)
Lidah terasa tegang dan pendek.
Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.
Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) – biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.
Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang
Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.
Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.
Rasa kepala berpusing tidak seimbang.
Rasa keletihan sepanjang masa.
Rasa meloya dan tidak ada selera makan.
Degupan jantung tidak menentu.
Nafas terasa pendek.
Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.
Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.
Kaedah Rawatan .
Letak tangan kanan pada dada disebelah kiri dan bacalah kedua-dua doa ini. Amalkan selalu, insyaAllah
يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُمْ مَّوْعِظَةٌ مِّنْ رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman." (QS. Yunus 10: Ayat 57)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan