Bertemakan 10 Kegemilangan Floria atau "10 Wonders of
Floria", acara itu menghimpunkan 8 jenis bunga yang pernah menjadi tema
festival sejak 2007 hingga 2016.
Selepas menyampaikan titah perasmian, baginda yang diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin meluang masa melawat tarikan utama di Floria Diraja 2018 iaitu Taman Diraja Perak.
Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Taman Diraja Perak memaparkan replika Istana Kenangan Kuala Kangsar dan arca labu sayung di tengah kolam yang dikelilingi bunga warna-warni diinspirasikan daripada taman diraja, selain replika Menara Jam Kuala Kangsar.
Baginda dilihat turut merakam sendiri gambar bunga-bungaan di taman itu.
Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin kemudiannya melawat “The Enchanted Garden” Perbadanan Putrajaya diikuti “Rendevous Floria 2018” Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta “Floral Pavillion” yang memaparkan kreativiti dan rekaan bunga dari peserta luar negara.
Baginda berdua menghabiskan masa lebih 2 jam melawat tarikan yang terdapat di Floria Diraja 2018.
Bertemakan 10 Kegemilangan Floria atau “10 Wonders of Floria”, acara itu menghimpunkan 8 jenis bunga yang pernah menjadi tema festival itu sejak 2007 hingga 2016.
Ia dibuka kepada orang ramai mulai hari ini hingga 2 Sept mulai 9 pagi hingga 10.30 malam (Isnin hingga Khamis) dan 9 pagi hingga 12 tengah malam (Jumaat hingga Ahad).
Tiket dewasa untuk rakyat tempatan (Isnin-Khamis) ialah RM12 dan RM15 (Jumaat hingga Ahad), manakala bagi kanak-kanak, orang kurang upaya dan warga emas (warga Malaysia) ialah RM6 (Isnin-Khamis) dan RM8 (Jumaat-Ahad).
Bagi bukan warganegara pula tiket berharga RM24 (Isnin-Khamis) dan RM30 (Jumaat-Ahad). Diskaun 20 peratus ditawarkan untuk pembelian dalam talian.
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan