KUALA LUMPUR – Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mengakui terkhilaf
berhubung kenyataan mengenai penggunaan tandas awam dan beberapa perkara
lain selepas pertemuan dengan wakil transgender di Jabatan Kemajuan
Islam (Jakim) baru-baru ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, kenyataan yang dibuat bukan muktamad atau arahan, sebaliknya ia merupakan reaksi spontannya.
“Saya juga menyedari telah berlaku sedikit kekhilafan semasa sidang media Jumaat lalu ketika menjawab soalan yang diajukan wartawan terutamanya mengenai penggunaan tandas awam dan beberapa perkara lain. Saya menjawab soalan wartawan yang diajukan secara spontan dan sepintas lalu.
“Ingin saya tegaskan, tiada arahan atau keizinan daripada saya untuk transgender berkongsi tandas awam dengan wanita, sebaliknya hanyalah “maybe..” dan “if…” kerana ia boleh melibatkan pelbagai bentuk situasi dan keadaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Perkara sama turut membabitkan saf ketika bersolat.
Jelasnya, perkara-perkara berkenaan akan dijelaskan oleh pihak mufti sebagai keputusan terbaik.
Dalam kenyataan panjangnya, Mujahid turut memohon maaf kepada pihak-pihak yang berasa terancam dengan kekeliruan tersebut serta menarik semua kenyataan yang kurang sesuai.
Malah, menteri itu menegaskan, beliau langsung tidak bersetuju tindakan yang dilakukan golongan transgender, yang mana lelaki berpakaian wanita atau sebaliknya, penukaran jantina, perlakuan menyerupai wanita dan sebaliknya dan juga kecenderungan seks sama jenis.
Malah, beliau sama sekali tidak mengiktiraf untuk mempromosi terhadap semua perlakuan tersebut.
Sehubungan itu, Mujahid meminta semua pihak berhenti memanipulasi kenyataannya.
Mujahid dikritik hebat selepas pertemuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dengan aktivis trangender, Nisha Ayub baru-baru ini.
Ketika sidang media, Mujahid telah membuat kenyataan membenarkan transgender menggunakan tandas wanita.
“Jika mereka perlu menggunakan tandas, adakah ia suatu yang menganggu anda dengan tandas mana yang mereka akan guna?
“Mereka adalah golongan transgender dan penampilan mereka seperti ini, tiada siapa akan bertanya jika mereka menggunakan tandas wanita kerana mereka sendiri kelihatan seperti wanita,” jawab Mujahid ditanya wartawan tandas mana yang perlu digunakan oleh golongan ini.
Ketika ditanya tentang saf solat golongan itu, Mujahid berkata:”Yang penting adalah mereka mahu beribadat. Sebagai seorang Muslim kalau mereka mahu pergi beribadat takkan kita nak halau mereka?”.
Dalam kenyataan itu, Mujahid berkata, beliau sentiasa terbuka pendekatan dakwah secara pertemuan tetapi bukan bermakna beliau atau kerajaan menyokong perlakuan kumpulan itu.
“Tetapi sebagai kerajaan, kami perlu memastikan agar tiada pihak semakin menjauhkan diri disebabkan pendekatan keras dan menghukum di peringkat awal,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan