Khamis, 16 Ogos 2018

PM minta diberi lebih masa tunai janji 100 hari

 
   
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta orang ramai memberikan lebih masa untuk kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) menunaikan manifestonya.

Beliau berkata janji itu dirangka berdasarkan maklumat yang ada pada mereka ketika itu tetapi keadaan kerajaan "jauh lebih teruk" berbanding jangkaan awal.

"Manifesto ditulis dengan apa yang kita tahu tentang kerajaan (sebelumnya). (Sekarang) Kami dapati keadaan jauh lebih buruk, jauh lebih banyak wang yang dipinjam.

"Ada kala kerajaan perlu diubah, kita tidak boleh (bekerja dengan berkesan) dalam keadaan yang tidak sesuai untuk apa yang kita mahu lakukan. Jadi kita kena buang orang. Semua perkara ini menghalang perkembangan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur hari ini.

Katanya lagi, ada juga perkara yang perlu mendapat kelulusan Parlimen - seperti merangka rang undang-undang - dan ia tentunya mengambil masa.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: