Isnin, 13 Ogos 2018

Perbaiki sistem penjagaan kesihatan daripada perkenal insurans kesihatan

ainulillia


Cardosa menambah bahawa beliau turut mencadangkan kepada CEP daripada memperkenalkan skim insurans itu, kerajaan patut melihat kepada cara-cara bagaimana untuk mempertingkatkan sistem penjagaan kesihatan awam dan pada masa yang sama mengatasi ketidak seimbangan di hospital kerajaan dan swasta.

Beliau berkata, memperbaiki sistem penjagaan kesihatan bermakna kerajaan berupaya untuk mengawal kos berbanding insurans.

“Kita mempunyai sistem penjagaan kesihatan yang baik yang telah sekian lama dicapai dan dipuji oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan seluruh dunia.

“Jadi mengapa tidak sahaja kita kukuhkan sistem yang sedia ada dan terus melihat kepada sistem berdasarkan percukaian daripada sistem bersandarkan insurans,” katanya.

Antara penambahbaikan yang beliau cadangkan ialah memperbaiki kualiti perkhidmatan di hospital kerajaan dan kerjasama antara hospital awam dan swasta dalam menyediakan latihan kepada doktor muda. – Bernama


Tiada ulasan: