Ahad, 12 Ogos 2018

Pelakon Nurin Misha meninggal dunia

MALAYSIAKINI

   

Industri hiburan kehilangan seorang lagi pelakon berpengalaman, Nurin Misha yang kembali ke Rahmatullah awal pagi ini pada usia 52 tahun.

Nurin, atau nama sebenarnya Nur Amisah Abdullah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Jalan Ipoh kira-kira jam 9.30 pagi akibat sesak nafas.

Menurut kenyataan Seniman, anaknya memberitahu allahyarham tidak sedarkan diri awal pagi ini dan disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan selepas itu.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Kg Batu Jalan Ipoh untuk urusan solat jenazah dan disemadikan di Tanah Perkuburan Bangko, Jalan Kuching.

Allahyarham meninggalkan lima orang anak dan seorang suami.

Semasa hayatnya Allahyarham banyak membintangi drama tempatan dengan membawakan pelbagai watak yang meninggalkan kesan kepada penonton.

Sementara itu, kepimpinan Seniman Malaysia menerusi kenyataan mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah.


Tiada ulasan: