Jumaat, 3 Ogos 2018

Mahadzir Lokman meninggal dunia


Mahadzir Lokman meninggal dunia
 
 
KUALA LUMPUR - Pengacara terkenal Datuk Mahadzir Lokman meninggal dunia awal pagi tadi.

Memetik laporan portal Astro Awani, perkara ini disahkan adik Mahadzir, Ida Lokman ketika dihubungi.

Allahyarham meninggal dunia selepas menunaikan sembahyang subuh di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah.

“Mahadzir berada di KK atas urusan kerja”, menurut Ida.

Bagaimanapun, punca kematian masih belum dapat dikenal pasti.

Tiada ulasan: