Sabtu, 4 Ogos 2018

KJ gesa Zahid umum kabinet bayangan

MALAYSIAKINI

   

Pembangkang sudah ada kabinet bayangan, menurut Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun, beliau berkata Ketua Pembangkang Parlimen Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu mengumumkannya dan menuntut untuk mendapat pengiktirafan rasmi kerajaan.

"Kami telah diberikan portfolio. Ketua (pembangkang) cuma perlu mengumumkannya dan meminta kerajaan untuk memberikan pengiktirafan rasmi mengenai kabinet bayangan ini seperti (sistem di) Westminister," kata Khairy yang dikenali sebagai KJ pada hantaran Twitter hari ini.

Beliau mengulas soalan pengguna media sosial yang bertanya bila pembangkang mahu mengumumkan kabinet bayangannya.

Pada 26 Julai lalu, Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa berkata ketua pembangkang parlimen dijangka akan mengumumkan kabinet bayangan itu pada minggu ini.

Bagaimanapun, katanya, BN tidak akan menamakan kumpulan tersebut sebagai kabinet bayangan meski ia "memainkan peranan yang serupa".

Kumpulan itu dijangka membariskan anggota parlimen BN daripada parti komponen Umno, MIC dan MCA.




Tiada ulasan: